hai :)
ye, sekarang 4.09 am, dan aku masih di ofis.
kerja aku dah siap, cuma malas lagi nk drive, malas nk hantar fail dekat ofis atas.
susah betul aku nk siapkan kerja ni.
padahal bukan susah pon.
sumpah tak susah, tapi sebab aku menghadapi mental block, malas dan takde semangat..
sebab tu la rasa nk tido je.
natijahnya, tak payah tido la aimi oii.
pakai je baju dalam almari tu pegi court terus esok.
mwahahhaa..
7-e pon bukan jauh nk beli berus gigi.
eeeeeee!!!
TIDAK SAMA SEKALI!
aku tetap akan mengekalkan rekod bersih aku tak tido kat ofis.
merujuk kepada tajuk kita,
sang arnab dan sang penyu lagi..
(episod akhir dah ni sebab lepas ni, aku nk fikir cara lain nak rangsang otak kanan aku,
taknak berimaginasi benda-benda mcm ni dah)
sempena aku ada idea ni,
bia la aku karang ending cerita dorang ni.
cerita bermula,
walaupun sang arnab berharap setinggi gunung, seluas lautan..
apa yang pasti, arnab tetap arnab, penyu tetap penyu.
arnab bukan sandy yang boleh hidup dengan balang oksigen dalam lautan.
arnab telah dikhabarkan dengan satu berita yang mmg arnab sendiri dah jangka pon.
maka, berdukacitalah sang arnab.
sang arnab dikhabarkan oleh sahabatnya sang unta bahawa sang penyu sudah berteman.
oucccchhhhhh.. kesian arnab.
sedih ke ko arnab?
tak payah nk sedih sangat la.
sebelum sang arnab membawa hatinya yang duka lara,
sang arnab nak dedicate lagu ni untuk sang penyu.
kepada sang penyu,
semoga anda bahagia :)
haihh arnab, arnab..
ko ni berhati batu, degil, tak reti nk dengo tau ke idok.
dah dah la tu..
tak payah nk berharap sangat la arnab oiiii.
[aku mmg keji kan. haha]
oh, nak dijadikan cerita,
baru je sang arnab mendapat perkhabaran yang dukacita itu,
tiba-tiba,
sang penyu muncul di depan mata.
apekah reaksi yang patut dibuat?
memang pandai berlakon sgt ko kan arnab.
takpelah,
sayang ke suka ke tak semestinya memiliki kan..
kita kena percaya Qada' & Qadar.
kalau Allah kata kun faya kun, maka kun faya kun lah.
mungkin Allah tau masanya belum sesuai.
ko pon bukannya dah ready pon kan..
kata nk jd kaya dulu arnab!
kita kan plan nk beli volkswagen beetle!
simpan duit simpan duit..
pandai je aku cakap kan.
kalau kena batang hidung sendiri sasau jugak agaknya..
kalah sang arnab.
ya arnab,
aku tak rasa aku sekuat anda.
[padahal aku yg reka cerita si arnab ni]
ala, tiba-tiba takde idea.
kesimpulannya,
cerita arnab dengan sang penyu ni bukan happy ending la..
haha.
okeilah,
rasa nk balik dah tido atas katil yg empok.
lagu tema kali ni;
************************************
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa
apesal la beberapa hari ni entri macam nk kena rendam dalam besen ha??
buang tabiat ke hape ko ni bidadari?
ohh pleaseee!!!
haha.
kepada sang arnab, ni lagu khas untuk ko dari nenek aku!
chill la arnab.
kita kan buah epal :)
okeila,
lagi panjang aku tulis, nnt sedih pulak sang arnab ni.
kesian dia.
sayonara!
-----------------------------------------------------
kepada seseorang,
terima kasih kerana dari ngantuk terus saya jd tak mengantuk
walaupun awak tu kadang-kadang menyakitkan hati.
u are so unpredictable.
No comments:
Post a Comment