Friday, 24 August 2012

SHR, MZB.

SHR, MZB?
gile pemalas!
bukan susah pon nak taip penuh kan.
haha.

almaklumla,
tangan dah penat sangat mencuci pinggan dan cawan :P

aku tak pernah terfikir nak tulis Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin menjadi SHR, MZB
sampaila one of my friend cerita yang dia dapat sms from his friend wish dia mcm tu.
gila short form habis kan.
haha.

walaupun hari ni dah hari raya kelima,
rasanya belum lambat lagi kan nak wish selamat hari raya :)

kepada semua yang mengenali diri ini,
maaf segala salah dan silap, terkasar bahasa, terlanjur kata, termengumpat, termengata, termarah, tertinggi suara, ter itu, ter ini.. macam-macam ter lagi la.
halalkan segala makan minum especially yang selalu belanja aku makan. hee.
0-0 ye :)

kepada seseorang yang beraya di Africa (2orang sebenarnya, tapi nak ucap dekat yg sorang je.haha),
semoga selamat pergi dan selamat balik.
balik nanti saya claim duit raya okeh!
jangan lupa bawak balik gajah!
[mcm la die baca. cehhhh]

hari raya memang seronok.
hari kebesaran kepada semua umat islam selepas kita berjaya menahan nafsu lapar dan dahaga.
walaupun kadang-kadang kita akan mengikut nafsu jugak semasa berbuka kan kan kan.
mengaku je la..
lagi seronok, kanak-kanak rebina.
dinie puasa penuh tahun ni.
ammar pulak demam dihujung Ramadhan.
dah kurus kering macam orang somalia dah aku tengok dak ammar ni.
kesian dia.

aku ingat, aku balik hari jumaat petang, tak sempat dah la nak anyam ketupat.
alhamdulillah, dapat lagi la tahun ni menganyam ketupat.
untuk pengetahuan,
ketupat aku buat best tahu tak.
tak lembik, dan tak keras..
sedang-sedang je.


chef di hari raya, mcm biasalah, puan Hunaizah.

menu hari raya tahun ni yang simple je.
tak eloh berlebih-lebihan walaupun nak jugak la masak daging rusa ke, kambing ke kan :P
over sangat kau cik bidadari!
kalau kau reti masak takpela jugak!
pengsan la chef nak masak banyak2 mcm tu. haha

tadaa. inilah antara lauk-pauk dipagi raya:

mi kari yang mana aku tak ambik gambar mi nye.

 ayam masak merah.

kuah lodeh.

mana rendang??
aghhhh.. aku lupa nak ambik gambar.
ada rendang daging,
sambal kacang,
moist choc cake yang aku buat. adik aku beli.
kek lapis pandan yang aku buat aunty aku beli jugak.
heee.

macam biasa,
pagi raya pertama lepas semua balik dari masjid,
pegi ziarah kubur la dulu.
tahun ni tahun ke-6 raya tanpa ibu.
semoga ibu tenang di sana.
alfatihah.
juga kepada embah wedok dan embah lanang.
[hah, keluar jawa toktok aku :P]
tak lupa juga kepada nek akek dan nek binek.
[banjar la pulak]

balik ziarah, make-up make-up la nak pegi beraya.
mula-mula beraya dengan family dulu,
ni la saat aku tak berapa nak suka. touching2 la pulok.
haha.
lagi-lagi aku ni yang selalu tak dengar kata ni kan kenalah mintak ampun lebih sikit :P
heee. 
ampun ayah.

tapi, paling best,
aku dapat duit raya lagi woooo!!!!
dari adik aku pulak tu, haha
aku tak bagi dia sebab dia lagi kaya dari aku.
hihik.
isi banyak!!
tengok lambang sampul la kan.
haha.

lepas touching-touching dekat rumah, ambik-ambik gambar raya ala-ala gaya najib sekeluarga,
barulah pegi raya rumah sanak saudara.
ini gambar raya tahun ni.
gambar raya pertama banyak dekat kemera adik aku la.
tak gheti-gheti dia nak upload. cesss.
tema tahun ni: cekolat.
tapi tak berapa seragam sebab yang puteri-puteri dan permaisurinya berbaju gaya bebas asal ada terselit cekolat sikit pon jadilah. haha.
alasan: kain dekat jakel dah habes kena borong. :P

bila dah besar panjang ni, takde dah la aku nak pegi beraya rumah kawan-kawan aku.
semua dah kawen.
tinggal la aku dengan Dian je yang single mingle.
so, kerja aku raya-raya mcm ni, duduk rumah, isi kuih, cuci cawan. itu je la.

kepada kawan-kawan yang nak datang rumah, jemputla datang.
tapi esok aku kijo dah.
macam-macam kuih ada.
tadaaaa..


bahulu gulung & bahulu bulat ni disponsor oleh:



ini kuih yang aku kena paksa beli masa hantar dobi baju-baju raya. haha






kuih-kuih ni masa belum raya mmg nampak sedap.
bila dah raya, malas pulak nak makan.

raya ke-3,
macam biasa, semua sanak saudara generasi-generasi Mat Sahri akan berkumpul.
asal raya ke-3, memang tak keluar beraya la kami,
masak dari pagi.
haha.
menu tahun ni:
ikan bakar, kari ayam, sup ceker (kaki ayam), sayo kobis.
aku dan juga chef mcm biasa krew-krew sebalik tabir la kan.
mestila tiada dalam gambar :P
semoga semua yang hadir gembira dan kenyang.
tahun depan kita jumpa lagi ye.
mujor la ada hari raya, kalau tak nak jumpa sedara pon susah kan.
sapa setuju??

antara gambar-gambar sepanjang program:
[gambar aku curik dari Kelab Tharma Harapan Baru]
sorry tak ikot susunan sebab aku dah malas, haha 

aku tatau siapa sponsor mercun merdeka ni.


cik non dan cik bidadari yg tengah bergosip.
aku dan chef baru keluar dari dapur lepas hampir 90% siap mengemas.
bukti: tengok baju aku yg basah tanda aku baru lepas siap cuci pinggan tahu tak.

sesi bagi duit raya yang mana aku kompem tak dapat dah.
aku bagi diorang duit raya ke?
jawapan: tak!
hahaha..
korang kena doa aku jadi lawyer masuk tv dulu la ye baru korang dapat duit raya dari kakak/makcikmu ini.



sesi memperkenalkan ahli keluarga baru: anep memperkenalkan isteri nya, Fida.
welcome to the family Fida.


tak sah kalau takde gambar budak ni.



bapak ku.






Lily memperkenalkan suaminya.
Welcome to the family Zamil :)


bacaan yasin.




Hanis Muslimah yang baru balik dari UK.
icon kepada kanak-kanak rebina yang masih bersekolah.
grad 1st  class u olsss.
den tak mampu!

antara yang datang malam tu.
ni ramai yang tak datang ni. selalu ramai lagi.


suara Dinie yang kuat mengaji [dan kuat nangis pada hari-hari biasa]

wak kandar kenapa salam ala-ala gaya Rosmah?

sesi memperkenalkan ahli keluarga baru: adik Nuha!
anak kak aja :)
adik??
dia panggil aku makcik kot!
cik memi. haha

tup tup, dah raya ke-5.
kejap je masa berlalu.
esok dah kerja.
habis dah la raya.

macam baru je hari tu puasa, tiba-tiba dah raya.
macam baru je hari tu raya, tiba-tiba dah kena kerja semula.
sobsobsob.

kesimpulan:
hargailah masa yang ada.

layan lah gambar-gambar hari raya cik bidadari dan kanak-kanak rebina ni semua ye.
bila kanak-kanak rebina ni semua dah besar aku tatau la macam mana rupa hari raya nanti kan.



jambu rumah jiran pon nak ambik gambo. jakun sunggoh!

bapakku dengan keretanya.





persiapan membakar ikan di hari raya ke-3.
gambar ikan takde, dekat kamera adik aku sebab kemera aku dah habes bateri. grrr.

ammar penat mengaji :P

dinie yang baru hilang semua duit rayanya. haha
tapi cool je siap boleh makan kuih raya lagi.


hikmat wafiy yang suka orang ambik gambar dia.
nanti besar mesti perasan hensem. boooo.
hahaa

kerja cuci cawan jela tiap kali raya.

budak zaman sekarang takdenye nak naik basikal pegi raya sendiri.
ayah dengan mamanye tak pegi raya, mereka pon duduk rumah je la.

budak kecik yang mengompol waktu malam.

ini pakcik kata nak pegi raya, tapi tido lagi depan tv.

inilah nasib si putih yang tak bergerak ke mana-mana sepanjang raya.
jadi ampaian la dia.

ayam yang terselamat dari dimasak rendang.








paman selamat, amrina dan chacha.
terjumpa pulak tengah jalan otw nak pegi raya rumah dorang ni.


kasut ada lampu dak wafiy!

kasut dak ammar dan dak dinie.


sempat lagi main dekat rumah wak kandar. huu

sekian,
selamat hari raya sekali lagi :)

tiba-tiba rasa nak share lagu yang aku baru dengar dekat Suria.fm on the way pergi beraya naik kereta adik aku semalam:



nota kaki: nanti moh le kita sama-sama puasa enam ye. hee.









No comments:

Post a Comment