Tuesday, 7 August 2012

seronoknya nak raya!

haluuu!!!
malam ni sangat seronok!
sebab boleh buka dengan tenang,
lepas buka tak payah fikir nak sambung kerja dekat ofis.
siap marathon 7 episod 7 ramadhan lagi. haha.

tinggal berapa hari lagi untuk kita menyambut ramadhan.
setahun lagi baru berjumpa semula.
entah kan sempat entah kan tidak.
tapi, adakah aku dah menggunakan peluang yang ada ni sebaik mungkin?
hmm,
anda?

bila nak dekat raya ni,
kanak-kanak rebina la yang sangat seronok.
dinie belum ponteng puasa lagi setakat weekend hari tu.
nk kena prepare duit raya la ni gamaknye :P

aku pulak,
belum datang lagi mood raya.
tunggu bonus raya sebenarnya.haha
baru la seronok sikit nak shopping :P

weekend lepas,
bila balik kampung, seronok tengok kanak-kanak rebina main bunga api & mercun.



























seronok kan mereka?
main bunga api, main mercun.
esoknya pulak, pegi shopping raya.
seronok jadi kanak-kanak.
adakah aku sudah tua sampai tak rasa seronoknya beraya??

teringat masa zaman kecik dulu,
bila sepupu-sepupu balik kampung,
memang rasa seronok sangat.
sekarang semua dah besa panjang.
dah jadi mak bapak budak dah.

teringat jugak bila balik kampung johor.
main bunga api dengan kak intan.
hmm.

kenapa tahun ni aku tak dapat lagi aura-aura raya ni?
minggu depan nak cuti sehari , nak pegi shopping.
boleh?
(sanggup tanak mc hari ni walaupun cerry berry-food poisoning)

hahaha.

jadi kanak-kanak, pegi shopping pon seronok.
jadi dewasa ni, nk shopping kena kira budget.
nak yang cantik saje, tapi bila tengok harga, terbuntang mata.
hahaha.




budak kecik yang baru kena marah sebab nakal.


rindu pulak dekat kanak-kanak rebina ni.

sebenarnya aku takde idea nak tulis apa.
aku tunggu nak balik pukul 6 (8 minit lagi).
walaupun ada kerja lagi, tapi aku dah tak boleh berfikir!
aku tatau nak buat apa, takkan nak duduk diam je berangan.
so aku pon pura-pura la menaip.
hihihi.

ok lah, 4 minit lagi. nk berlakon sebok kejap sebelum balik.
malam ni niat di hati tanak masuk ofis. semoga takde apa kerja urgent nk siapkan malam ni.

walaupun ada hujahan nk prepare untuk dihantar esok,
tapi selagi bos besar tak approve, aku tak dapat nk proceed la lagi.
tunggu la dulu kan.

ok!
selamat berbuka :)

hari ni cik mamas belikan makanan buka.
tiba-tiba hari ni dia rajin nak belikan.
katanya sebab aku selalu balik lambat.
huu.
tq cik mamas!


************************
bila hari raya, mesti kena banyak cuci cawan :P



No comments:

Post a Comment