Sunday, 24 March 2013

rumah dan tangga

waaaaa!!!!
lama gila tak update.

kadang-kadang bz. kadang-kadang malas.

tiap kali idea membuak-buak masa pulak tak mengizinkan.

sekarang ni sebenarnya ada kerja nak buat tapi malas tahap gaban hitam.

tapi aku pon takde idea nak tulis apa pon.

takde apa yang menarik.

ohh, tiba-tiba teringat satu kejadian..

situasi: sedang makan-makan di kedai makan bersama-sama dengan bos besar, bos kedua dan en.F.

telefon en.F pon berbunyi kerana makcik beliau sudah memanggil pulang makan.

maka kedua bos-bos ini menggelakkan en.F.
inilah situasi orang-orang yang dah berkawen kata mereka.
(aku pulak pura-pura tengok hoki walaupun tak minat)

bos kedua pulak berkata:
nanti aimi laki dia la pulak call.

en.F pulak buat dialog:
"aimi kat mana? abang dah masak ni"
[aku adalah isteri paling bertuah kalau laki aku tolong masak dah bila aku balik kerja. mwahahahha]

bos besar pulak sambung dialog:
"abang bukan dah masak tapi dah 'masak' dengan aimi ni!"

paham tak? paham tak?
haha.

**************************
aku dengan bos-bos selalu bertikam lidah pasal isu-isu rumahtangga ni.
almaklumlah, mereka lelaki dan aku perempuan.
walaupun aku takda rumah apatah lagi tangga kan. hoho

situasi yang menjadi pertikaian:
kalau ada periuk dekat sinki dan orang yang habiskan nasik dalam periuk tu adalah sang suami, siapa yang kena basuh?

aku harusla akan kata dah makan sampai habis tu basuh la.
dah la isteri tak dapat makan pastu kena basuh pulak.

bos bos pulak kata: basuh periuk tu tanggungjawab isteri. banyak pahala tau aimi.

grrrrrrrr!!!!
aku yang sekolah agama sampai darjah 6 je pon macam tau je takde pon tulis dalam Quran tanggungjawab isteri basuh periuk?

sama-sama makan sama-sama basuh la tak boleh?
time awak susah nak isteri susah bersama-sama..
time awak senang, awak senang sorang-sorang.
ini tidak adil!

aku kurang berkenan dengan lelaki lelaki typical mcm ni.
sekian.

aku tau akan ada yang kata mcm la lelaki suka kat perempuan mcm aku.
heh!
tak suka sudah.
bukan aku paksa kau suka aku pon kan.


wonderpet pon selalu kata:
apa yang penting, KERJASAMA!

pendek kata:
aku tetap tak setuju basuh periuk tu tanggungjawab isteri.

panjang kata:
aku rasa aku belum sesuai untuk berumah yang ada tangga.
tambahan pula: saham tak laku-laku lagi. mwahahha.

ok lah,
babai.
esok kerja dan aku adalah malas.
tapi tak sabar tunggu dapat gaji.

assalamualaikum!
tak jawab dosa.

-----------------------------------------------------
lagu tema bulan ini:


teringat dak wafiy dgn dak dinie suka nyanyi lagu ni.
HAPPY BIRTHDAY WAFIY! :)



No comments:

Post a Comment