hai hai.
Assalamualaikum.
Happy Birthday Sultan Selangor!
May God bless u always.
(eceh, bagi ucapan macam kawan-kawan je kau dengan Sultan tu kan)
haha.
sempena cuti hari ni..
aku bangun lambat
konon bercita-cita dan bersemangat waja nak bangun awal lah kononnya
nak kemas rumah.
lepas tu nak siapkan Hujahan yang dari minggu lepas tak edit-edit lagi tu kan.
tapi tapi tapi dan tapi...
aku sangat malas nak bangun.
aku bangun masa housemet aku nak pergi kerja (dia tak cuti hari ni sebab dia kerja Keyell)
lepas tu aku sambung tido zzzzzz
hihihihi
bangun-bangun dah 830 1030!!!
bangun, main fesbuk kejap, lepastu siap-siap keluar pegi carrefour seksyen 23, Shah Alam.
heee.. cuba teka aku mandi ke tak??
pegi carrefour sebab nk beli starter lampu.
semalam dah beli mentol tapi sebab bila pasang tak mau hidup, maka tahulah kami yang starter itu perlu diganti.
waahhh, hebat jugak aku bab-bab kerja rumah ni kan..
meoowwww!!
(ciri-ciri suami pilihan: mesti pandai betulkan lampu dan paip rumah)
lepas tu terasa lapar, so pegi la beli makanan..
sampai rumah dah pukul 12.
makan la sambil tengok tv.
lepas tengok tv kemas rumah.
(yang dah lama gila tak kemas. ish ish ini rumah anak dara ke hapa ni??)
okei,
itu semua bukan motif utama yang aku nak tulis.
memandangkan aku dah kemas rumah especially bilik ni,
maka aku pon bersemangat la konon nak buat kerja dekat meja study ni..
sambil buat kerja, tengok kanak-kanak tengah dok main kat playground depan rumah..
dan aku adalah seperti:
bestnyaaaa menjadi kanak-kanak...
cuti sekolah boleh main.
tak payah fikir apa-apa.
kalau tak best pon bila cuti kena hafal sifir je la.
hahahaha
teringat dak dinie kena hafal sifir cuti ni.
ahad lepas tengah hafal sifir 4.
(dulu aku dengan adik aku si Amirul bersaing nak hafal sifir dan aku telah kecundang sifir 7. aghhhh!)
tapi,
masa aku kanak-kanak yang comel dulu..
aku tak sabar nak jadi besar.
sebab:
aku nk ada duit beli perfume body shop.
agagagagaga.
ntah hapa-hapa kan..
dan juga nak beli baju & kasut yang cantik-cantik macam orang-orang kat tv tu pakai.
hek elehhhh!!!!
ok,
sekarang aku mmg dah mampu nk beli perfume body shop yang dulu aku rasa mahal gilaa!!!!!
alhamdulillah
sekarang pon dah boleh je kalau nak beli baju ke kasut ke apa-apa je la yang aku rasa nak beli yang penting ongkosnya ada!
tapi,
kenapa tak rasa seronok pon???
sebabnya adalah:
bila dah beli itu ini,
duitnya habis!
haha.
kesimpulan:
kanak-kanak akan menjadi dewasa.
yang dewasa akan menjadi tua.
hargailah kehidupan yang kita ada.
hidup hanya sekali dan mati itu pasti.
aku sendiri sentiasa leka dan alpa dengan dunia.
Ya Allah,
lindungilah & bimbinglah hambaMu yang lemah ini.
amin.
*masih menengok kanak-kanak bermain di playground depan rumah, sebab takde mood nk buat research untuk siapkan hujahan*
dan, terasa rindu kanak-kanak rebina di kampung halaman.
No comments:
Post a Comment