Sunday, 4 November 2012

berhati-hati di jalan raya.

hai Tanjung Karang!
hai Malaysia :)

hari ahad yang nyaman!

hari ni nk cerita pasal tragedi malam raya korban yang lepas.

raya jatuh pada hari Jumaat.
aku adalah antara manusia yang seronokkkkkk sebab minggu tu kijo 4 hari ja.
tapi keseronokkan itu cuma sementara sebab hari khamis tu tiba-tiba banyak kijo.
hari raya yang aku angan-angankan untuk makan banyak sambil duduk tengok tv telah musnah--over sangat.

petang Khamis tu, ofis tutup awal, pukul 5. yahooyabedabeduuu!
memang seronok balik awal.
tapi sebab aku yang tak tenang hati nk balik, aku kemas2 la mana kerja nk buat kat rumah.
carik2 buku yg boleh refer nk buat hujahan.

aku terasa ngantuk, so aku tido-tido ayam kejap kat ofis tu-sambil konon baca buku bajet mcm budak rajin.

dalam pkl6 aku pon gerak la balik rumah,
singgah SACC sebab nak beli donat untuk kanak-kanak rebina.
pegi Pakli sebab rasa nak makan nasi ayam lemon (aku baru tahu betapa sedapnya nasik ayam lemon ni walaupun tiap kali makan aku tak rasa kenyang)..

makan makan, lepas solat isyak around 830 aku pon gerak la.
masa aku keluar tu hujan lebat gila!
tapi aku kan pemandu yang gagah dan hebat, setakat hujan apela nk takut sangat, so aku pon redah je la..
hujan lebat gila tahap memang menggila la lebat dia sepanjang alam impian-kapar.

keadaan yang nyaman ditambah dengan gelap gelita sedikit sebanyak menguji kecekapan aku memandu.
zzzzz.. eh eh ttido. bangun bangun sikit lagi nk sampai ni, nanti ko tido la puas-puas!

maka, aku pon pasang la radio kuat nak mampos.
siap nyanyi-nyanyi macam orang gila walaupun suara aku sedap kalah siti nurhaliza. hihiii

tiba-tiba, nk dekat sampai Jeram, jemmmmmmmmmmmmmmmmmm!
oh my! aku dah tak senang duduk bila perjalanan aku yang patutnya cuma sejam suku tu dah mencapai 2 jam ++.

mata dah beberapa kali menuju ke arah ketutupan.
mujo la aku tak termasuk lane kanan (arah bertentangan--sebab jalan tu takda divider)

keadaan ngantuk pada awalnya mash terkawal.
macam-macam aku buat, menyanyi. ambik gambar.





sempat lagi aku dok snap-snap gambo kan.
mengantuk punya pasal.
takde pulak air ke kudapan ke aku nk makan masa tu.
niat nk berhenti dekat Petronas Sg. Sembilang, tapi.. masa tu mcm segar bugar so aku tak jadi la berhenti.
lagipon, macam hape je, setakat balik tg.karang daripada shah alam nk berhenti-berhenti bagai. haha.

so, aku pon bawak je la kereta dengan keadaan yg konon mcm segar tapi sebenarnya lalok akibat ketagih nasik ayam lemon pakli.
tiba-tiba....

DUMMMM!!!!

eh eh. apesal aku dah terlanggar orang ni??
 maka terus pasang hazard lamp.
keluar jumpa orang kereta depan.

dia juga perempuan (phew~)

terus aku cakap,
akak, sorrryyyy
(padahal aku tatau pon dia tua ke muda ke dari aku, selamba je aku panggil dia akak, bajet aku ni sentiasa muda la kan)
 sebab dia pakai grand livina so aku buat inferens yang dia dah kerja lama smpai mampu pakai grand livina. haha.--so dah kerja lama=tua sikit dari aku la.

lepas tu ada la beberapa mamat mamat yang aku rasa nk lempang dan kalau dah takda laki langsung kat dunia ni pon aku takkan pilih dia untuk dijadikan lelaki.
dia marah2 soh kitorang ketepi.
bukan la tanak ke tepi tapi dah akak tu keluar kereta, so aku keluar la kejap then cakap kat akak tu , akak kite ketepi dulu la ye (mujo kereta aku tak effect enjin)

so, ketepi la kami dengan pertolongan seorang abang yang baik hati mengawal lalu lintas yang jem.

akhirnya, bincang punya bincang.. (sambil beberapa orang kaki kaki yang cepat gila sampai), aku call adik & ayah aku, dia pulak dok call tunang dia & kakak dia.. dan tak lama lepas tu kakak dia sampai kat tempat kejadian (depan kuil sebelum selekoh tesco)..
bila kakak dia sampai, terus kecoh2 suruh aku bear the cost.
apela kakak. kakak ingat saya ni takde duit ke hape?
bukannya aku dok bergaduh kat situ pon nk kata aku tanak bayo ke hapa.

akhirnya, kami pon decide untuk balik sambut raya dulu.
dia kata nnt dia try pegi bengkel dekat sg.besar dan pape dia contact aku.

maka, balik la aku dengan siputih BKK yang cacat sementara.

tadaaaa.. muka si putih yang cacat sementara:



esok pagi, lepas solat raya, adik aku pon bawak la BKK ni pegi bengkel.

apa yang terjadi diantara aku dan akak grand livina tu:

kronologi adalah seperti berikut:
1. akak grand livina sms, kata dia nak pegi bengkel lepas solat, and mintak aku prepare untuk kosnya --tak payah bagi tau mcm tu pon it goes without saying la akak oii.

2. masa kau dekat bengkel hantar siputih ni, tunang akak grand livina tu call,
cakap la cost untuk dia repair around 600. so aku suruh la dia cakap dengan adik aku.. adik aku cakap nk pegi sg. besar nk tengok kereta tu la mcm mana, tapi laki tu kata tunang dia (akak grand livina) tu nk balik Klang dah. so, adik aku pon cakap la, macma tu otw tu singgahla tanjung karang.
tapi laki yang aku boleh katakan poyo ni cakap, tanak. nk jumpa kat klang jugak (aku rasa dia ni ada kumpulan gangster kot kat klang dok sibuk sgt nk jumpa kat klang). akhirnya, decide nk jumpa kat Kapar.

3. bila balik rumah, ayah aku kata, setel je terus. dia nk 600 bagi ja..
then adik aku pon ber whatssapp dengan laki tu, kata nk bank in 600 (canggih sangat zaman sekarang kan. aku je kuno). tiba-tiba laki tu kata tu anggaran, nk mintak 1000 la pulokkk..
ini sudah melampau. so, kami decide, kalau dia tanak 600, kita pegi buat report la claim insurans. senang cerita. tapi aku remind la dia, kalau claim insurans lambat la, tadi ko jgk cakap nk cepat sangat kan.
*ayah aku siap basuh laki ni yang bajet konon serba tahu dan bajet pandai sangat*

4. akhirnya, akak grand livina call aku, setuju nk datang tanjung karang dan sebenarnya aku dapat terhidu bau-bau penipuan daripada laki poyo yang konon nk jumpa kat klang sb akak tu nk balik klang dah hari tu padahal akak tu kata dia cuti 4 hari.
berani dia cuba memperbodohkan aku kannn.
ok, maka tengahari lepas solat jumaat, nerjumpakan kami dan pergi ke bengkel.
#okei je akak ni nk datang tanjung, yg tunang dia kecoh macam ayam bertelur apesal?#

5. mula-mula semua benda yang rosak depa nk soh aku ganti. padahal cina tu kata dia boleh repair.
#dia ingat kalau claim insurans, insurans akan ganti baru ke? mesti dorang suruh repair jugak sebab sikit sangat cederanya untuk diganti the whole bumper. okeila.. skirting setuju la untuk diganti walaupun cina tu kata boleh repair tapi disebabkan akak dia & pakcik dia insist nk ganti, okei, fine! ganti la... 

dialog akak dia yg aku tak boleh tahan:
kakak grand livina: buat jela mcm mana asal nampak elok macam asal. saya mmg penah tengok kawan saya buat, mmg boleh jadi macam asal.
kakak: ganti je la, nnt kang jatuh ke ape ke, u dah la nk kawen, sapa nk bagi u duit? ----- akak, adik ko je ke kat dunia ni yg nk kawen? aku ni takde rupa mcm nk kawen ke kak oii??

ok, apekah motif aku bold dan besarkan ayat di atas??
kerana:
cina tu bagitau aku lepas dia bukak skirting tu.. sebenarnya skirting tu penah pecah sebelum ni dan penah ditampal. (ooo, yang ni dorang tak disclose pulak kan, siap kata kawan yang penah buat.. ok, whateva!)

6. so, dipendekkan cerita, bila kereta aku dah siap, aku bayo la total semua untuk 2-2 kereta ni.
mujo la aku dah gaji before raya dan habis la duit gaji aku..
#setiap hari dok tengok kelender bila nk 30.11.2012 untuk dapat gaji seterusnya#

tapi, semalam, akak tu datang bengkel tu lagi, komplen itu tak kena ini tak kena.
dan aku rasa, sebenarnya tunang dia lah dalang segalanya..
*untungla akak grand livina ada tunang serba tahu ni*

pungpang pungpang, dia call aku, call adik aku,
aku pon dah naik hantu dengan tunang akak grand livina ni, mujo la dalam fon kalau face to face aku tatau la mcm mana.
akhirnya perkara ni pon diam macam tu je sebab cina tu kata lepas ni depa tak boleh kacau kitorang lagi.

aku tatau la kan kalau aku yg kat tempat dorang yg kena langgar adakah aku akan berperangai seperti mereka?? mintak-mintak dijauhkan.

hidup di dunia kenalah selalu bertolak ansur.
ada masa kita kena langgar, ada masa kita pulak terlanggar orang.
*mintak2 takde langgar orang dah lepas ni, aminn*

tapi sumpah aku tak puas hati gila dengan tunang akak grand livina tu.
dan dan la semalam ko kata nk topup duit la, baru la nk mengaku skirting tu penah pecah la kan.. --aku ingat korang ni bagus sgt bawak kereta tahap sopan gila smpai value kereta korang tu takkan turun, takda habuk takda apa-apa calar. booooooo!

kepada tunang akak grand livina:
encik, sensor tu bukan tak function pon, just bunyi dia lain (aku tatau la lain mcm mana yg dia cakap tu--yg mana aku rasa itu perasaan dia je kot).. ape masalahnya, kau nak aku ganti kereta kau sebijik kereta baru ke??
lagi satu, tak payah la sekarang baru kau nk kata nk topup duit ke hape ke. kau ingat aku ni takde duit ke?--walaupun aku kena makan lauk telur je lunch sekarang ni, tapi aku bukanlah tahap smpai nk mintak sedekah dari kau, tapi aku nk bagi tau yang kau tu sebenarnya manusia yang suka mengambil kesempatan. tq.

lagi satu, jgn nk kata orang lain ni tak bagus dan tanak bertanggungjawab kalau kau sendiri tak jujur demi cubaan untuk mengambil kesempatan.

mungkin aku pre-judged. menilai tanpa melihat dan mengenal tapi ini adalah first impression aku terhadap encik tunang yang poyo ni.

kepada akak grand livina,
sorry. saya tak sengaja nk langgar bontot kereta akak.
sorry jugak kutuk tunang akak.
secara jujur, saya lagi suka cakap dgn akak compared to your tunang.

semoga perkara ini setel di sini sahaja.
halalkan mana terkurang dan mana terlebih.

mana yang akak grand livina & encik tunang dan kakak & pakcik akak yang cuba mengambil kesempatan, takpela. saya halalkan.
saya tahu saya yang salah, jadi saya pon minta maaf.

tapi part sensor mmg saya takkan mengaku bersalah sebab akak tak penah cakap waktu kita jumpa tapi tiba-tiba semalam nak kecoh.
akak hari2 datang lawat kereta akak tu, apa akak dok cakap dengan cina tu saya tatau.
jadi, boleh fikir sendiri la kan.
jangan nk main tuduh orang je la ye encik tunang memandangkan awak tu takde ditempat kejadian yang mana kau tak layak pon untuk dijadikan third party kepada satu perbicaraan. dan kau juga bukan nya car expert pon kan.

berikut adalah kecederaan grand livina tersebut.

aku percaya skirting ni sebab penah pecah sebelum ni sebab tu bila kena lagi sekali dia agak teruk

bumper ni memang boleh repair tapi encik tunang ni nk jugak ganti baru.
semalam siap ungkit lagi, cik aimi dah la tak ganti pon bumper tu.
zassss. apelagi, menyirap la darah aku.

encik, encik tu takde kat tempat kejadian.
masa tu dua-dua pihak, kakak dia & pakcik dia pon ada, dah setuju bumper tu repair. apesal pulak awak nk cakap mcm ni pulak??

terdiam kau kan!
amboii, nk yang baru saja.

nanti bini kau tu tiba-tiba ada cacat cela terkena minyak panas ke air panas ke, kau nk ganti dengan bini baru la jugak?
amboiamboiewahhhhh!

siputih BKK dalam pembedahan.




tangki ni je aku tak repair lagi. dah patah. kena ganti baru. tunggu gaji bulan depan la pulok.

begitulah cerita yang tak berapa nk best tapi aku nk cerita jugak.

kesimpulan:
kalau mengantuk tu jangan la drive.
huuu.

aku trauma la jugak sebeanrnya tapi mujo la tak smpai tahap mengada-ngada tanak bawak kereta.
trauma nk bawak laju, drive malam-malam dalam hujan.. tu jela. 

hari isnin lepas, memandangkan kereta aku tak keluar bengkel lagi, so adik aku kena jd driver aku setengah hari. hhaha. --sebab aku tak reti bawak kereta manual.
tq aizat!

baiklah, nak pegi makan sambil tengok melodi, lepas tu nk siap2 balik. buat kijo la pulak esok isnin dah!

babai.
salam sejahtera kepada anda semua :)

**************************************************
semalam pegi tengok movie dekat pavilion dengan dak mamas.

first time pegi pavi
first time tengok wayang gold class.

ye aku nampak mcm jakon.
hahaha.
aku tak pernah rasa ada keperluan nk pegi sampai pavilion, so aku mmg tak pegi la.
tengok movie gold class?? lagi la tidak!

haha. tapi sebab dapat tiket free, pegi je la.
tq mastura ajak aku pegi :)

tapi hari yg sepatutnya seronok telah dimusnahkan oleh akak grand livina & tunangnya yg poyo.
aku patut tuntut gantirugi!

okei, dah lapar.
babai :)
*sambil melambaikan tangan*
















No comments:

Post a Comment