Monday, 11 June 2012

Rinjani-part 2

hai.
esok isnin.
sekarang 12.36, tapi aku tak boleh tido..
sebab, aku baru je bangun tido.
padan muka.
time orang lain tengok mentor, ko tido!
dah la tido lepas makan.
memang buruk perangai betol ko ni cik bidadari.

owh, 
kita sambung balik cerita Rinjani la ye.
episod akhir.
haha.
sebab kalau esok still cerita lagi pasal Rinjani,
memang dah basi la weh.

lagipun,
aku kena kembali ke alam nyata mulai esok.
kalau tak,
susah den nak bekerja nanti.

Hari ke-3 (4jun2012),
hari untuk mendaki ke puncak gunung.
summit day!
walaupun angin kuat dan sangat sejuk sampai ke tulang,
tapi sebab aku dah bayar mahal (padahal separuh ofis sponsor.hee),
kena la pegi jugak kan.
kalau tak, rugi la nanti.
(aku kan kedekut :P)

tapi,
kitorang tak berjaya pon sampai puncak.
paling tinggi +- 3400 meter.
another +- 300 meter lagi nak sampai.
tapi keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
sob3.
bunyi macam frust tak?
haha
 mestila frust!

haihh,
takpela.
nanti kan aku berangan-angan nak honeymoon kat situ :P
boleh la buat 2nd attempt.
haha.
mesti aku kena kutuk kalau aku cakap nak pegi honeymoon panjat gunung. hahaha!!!!

btw, apesal aku asyik cakap pasal honeymoon?
erk??
sebab tahun 2012 ni musim mengawan 0004!
semua orang dah nak kawen. berderet haaa.
adekah aku patut mulai stress?
oh tidak!
rileks la cik bidadari.
ko baru 25 kan.
haha.
(time orang datang wedding ko, mesti dorang dah gendong anak 2-3 orang)
aku nak jugak cop tarikh yang best-best, lepas tu post kat group 0004.
tapi, orang yang nak duduk tepi aku masa wedding tu nanti aku tak jumpa-jumpa lagi.
mungkin aku patut upah orang?
erk?
cik bidadari dah gile.
ok!
dah lari tajuk.

balik semula kepada cerita Rinjani.

sebab Rinjani ni bekas gunung berapi, so, tanah dia berpasir, berdebu.. tapi sejukkkk.

nah tengok video ni untuk tengok kawasan sekeliling dia.
(kamera aku dalam beg time ni, en, fakri si pembuli yang bawak beg aku, so tak dapat nak ambik gambar.huu)
http://www.facebook.com/photo.php?v=3758436073015
http://www.facebook.com/photo.php?v=3755384556729
 (credit to uncle vem)

ok lah, sebenarnya aku takde idea nak cerita apa dah.

dipendekkan cerita,
walaupun tak dapat summit,
tapi memang seronok!!
(mesti en.fakri si pembuli tu rasa seronok sebab dulu aku selalu membebel apesallll la die ajak aku pegi mendaki ni.. kalau pegi bercuti ke best la jugak kan)

kalau aku diberikan kesihatan, masa lapang, dan murah rezeki,
insyaAllah aku nak pegi lagi.
gunung lain la pulak.
huu.

owh, tiba-tiba teringat ayat big boss.
"aimi, naik gunung ni ko takde jerawat pulak ye."

erkk, apekah??
jawapannya: mestila. kat ofis tu bilanya tak stress?
kalau tak stress sebab kerja, stress sebab ________________.
(cik Ida dan Cik Lala mesti boleh isi tempat kosong kan. haha)

ok lah,
malam-malam ni otak aku macam masuk air.
tiba-tiba cerita ni pon dah macam rojak buah.

tengok gambar je lah ye.

 si kaki buli, En.Fakri

Brion, Jasmin, Casey, En. Sabri

 En. Sabri lagi. haha.
MHI.
ehh, mane boss ke-2?
suke mengelat kan..

 gambar 1
 gambar 2
gambar 3

gambar 4

**merujuk kepada Gambar 1-4, adalah membuktikan bahawa En. Fakri memang seorang pembuli dan konon hensem.haha.**
(ade ke masuk-masuk ofis jumaat hari tu, die buat disclaimer cakap: kat sana aku baik, rajin, tak gatal.. dan lain2 yg aku tak ingat dah.. padahal, aku takda cakap apa-apa pon.. haha)

big boss.

 gambar 1
 gambar 2
** merujuk kepada gambar 1 dan gambar 2 di atas, jelas menunjukkan bahawa cik bidadari memang tak pandai posing :P**
ok, fine!

 pak firman yang kuat!
dia lagi muda dari bapak aku, tapi he looks old.
nampak sangat bapak aku hensem :)











 gambar 1
 gambar 2
gambar 3

**merujuk kepada gambar 1,2 dan 3, dapat disimpulkan bahawa, memang penat, sampai boleh tertido tau tak.**
tapi, sumpah naik Gunung Datok dulu lagi penat. serik kejap (padahal yang tu takdela setinggi Rinjani ni)



 tak sampai puncak pon, kena la posing jugak.
ni kira pencapaian hebat la ni kan..
haha

btw, congrates kepada Ravi dan En. Azmi yang berjaya sampai ke puncak.
:)

nah hadiah! hiiii

Gambar Kasut sebelum dan selepas:
sebelum


Selepas

(bile aku nak basuh kasut entah.haha)

ok, esoknya, 5jun 2012,
turun balik :)
owh, apesal aku nampak macam mokmok masa nak turun ni?
ish!
abaikan.


dengan big boss dan boss ke-2
**masa turun ni dah start cakap pasal kerja, so aku dah pening, macam malas nak dengar, tapi kena la dengar jugak kan.hahaha**
sorry boss ..heee.

yang oren tu la En.Azmi.
aku tatau la die salah makan ape ntah, tetiba dia pulak yang summit kan.

owh, gambar ni aku dah letak masa intro.
kenapa aku letak lagi?
haha.. motif sangat kan cik bidadari.
haha
 gelak lagi.
hahahahahahahha.

ok, abaikan aku yang gile ni.

sekian,
eh, buat kesimpulan la kejap.

kesimpulan,
memang best!!!!
walaupun aku baru je kenal mereka-mereka yang lain tu,
tapi, dorang memang sangat baik
Dr. Bala yang suka bercerita.
Sathya yang tak boleh tidur tutup khemah.
Fong dan Brion yang baik hati.
(tq Fong for the hand warmer)
(tq Brion & Fong teman i pegi toilet 3 penjuru tu.. Sathya juga :))
Casey yang terbang.
Jasmin yang buat pendaratan punggung yang agak kasar.

uncle vem yang terasa dipanggil uncle (sorry uncle.haha), randolph yang slow & steady & ravi yang jalan laju.
dan juga En.Azmi yang suka mengeram telur (:

big boss dengan boss ke-2 tak payah mention la.
yg tu hari-hari pon jumpa.
owh, terima kasih kepada MHI sebab sponsor half daripada percutian ni.
bak kate en.fakri dekat cik Lala & cik Ida, hadiah habis chambering katanya. haha.

best kan??
(ye, waktu best, best la kan.. waktu tak best???)

owh,
baiklah,
sepertinya mata dah menuju ke arah ketutupan.

selamat malam.

semoga hari esok lebih baik daripada hari ini dan sebelumnya. amin.


**semoga esok aku telah kembali ke alam nyata**

owh, adakah esok en.fakri si pembuli itu akan menganjeng aku? aghhh!!!
(cik ida dan cik lala, korang bocor rahsia, siap korang ye.)--amaran keras :P

ok, babai.
assalamualaikum.

jgn lupa baca doa sebelum tidur :)


nota kaki:
terima kasih kepada penunggu gunung dan si kaki buli sebab pinjamkan aku baju berketak-ketak tu (sebab tu ada bendera malaysia siap.haha..)
nampak sangat dia kurus dan aku tak berapa nak kurus, sebab tu sama saiz.
jimat duit aku :P
tq en.fakri :) :) :)





No comments:

Post a Comment