Saturday, 30 June 2012

dengan izin Yang Arif, saya aimi shazwani, PELATIH DALAM KAMAR.

haluuuu!!!!
seronoknya malam sabtu yang boleh melepak, makan sambil tengok tv, lepas makan baring, dah boring baring, main fesbuk, dan update belog lagi. haha

tadi pakcik tu telefon.
antara dialognya adalah seperti berikut:

pakcik: helo aimi, ada tak sarjan zulkifli call ko?
bidadari: haa? sarjan? kes mana?
pakcik: ala, kes polis tu.
bidadari: buat apa dia nk call saya pulak. saya tak pernah tahu pon kes tu.
pakcik: sebab ada laporan kecurian tu la
(sempena kehilangan broadband dia tu)
pakcik: dia call aku tadi, cakap barang kes dah dijumpai
bidadari: haa? dah jumpa!! kat mana?
pakcik: ada dalam poket baju aku kat rumah Klang.

kan aku dah kata.
aku dah pulang dah.
dia tu yg selalu lupa kan.
ngehhh!!!

takpe.takpe.
lepas ni tak pinjam dah.
bwekkk!!!
______________________________________________

berbalik kepada tajuk di atas,
aku bukan lagi pelatih dalam kamar.
saje je letak tajuk tu.

rindu nak pegi court dah.
dah 3 bulan aku tak appear dekat court.

awal-awal dulu mmg rasa seronok duduk ofis je.
lama-lama macam boring je. :P
kalau pegi court buleh la mengular kejap kan 
hahaha.
ni la niat sebenar ko kan cik bidadari!

hidup sebagai pelatih dalam kamar a.k.a chambering student..
pada aku..
mmg zaman kegelapan la.
aku tak tau pada orang lain macam mana.
sebenarnya takde la gelap sangat.--over sangat aku ni kan.

cuma letih la.
kerja banyak.
kadang-kadang, ada 5 case management, tapi ko kena attend sorang.
zaman aku, aku sorang je chambering dekat ofis tu.
so aku jela mangsa yang kena.

aku ingat lagi,
dah bawak beg sekolah yang penuh dengan file,
kendong lagi dekat tangan.
siap pernah ada orang offer nak tolong bawak lagi.
haha.
tapi bila aku seret beg roda, ada orang tegur pulak, ada bicara ke hari ni?
ishhh!!! berat tahu tak!

lagi haru kalau kes tu ada yang dekat MRCB, ada pulak dekat court bukit (kompleks mahkamah,seksyen 6)
haru jugak la nak ke sana ke sini.
lepas tu lawyer tu call, lawyer ni call.
aku selalu pening nak pegi mana satu dulu.

sepanjang chambering tu,
aku tak dapat kira dah berapa kali aku nangis.
ye, aku memang ciwek.
tapi aku takkan nangis saja-saja ok.

aku ingat lagi aku nangis sebab dah malam aku nk tido dah, baru boss call, cakap kena pegi KL esok.
mak aihh. aku yg budak hingusan ni mestila gelabah, tak baca file lagi. 

aku pernah jugak nangis otw nak pegi court.
sebab,
patutnya bos aku yg pegi hearing tu.
tapi sebab tiba-tiba dia terperasan ada salah kecik kat content surat tu yg melibatkan tarikh,
so tiba-tiba dia mengamuk.
ayat dia memang aku takkan lupa sampai bila-bila.
"ko dah buat taik, ko pegi bicara ni depan hakim, aku taknak pegi"

maka, aku pon dengan terkedek-kedek ambik fail tu,
masuk bilik master aku.
tiba-tiba, bos tu mengamuk lagi,
"aimi, bila nya ko nak pegi court ni, dah pukul berapa dah ni?"
 ko pegi sekarang!

hmm,
aku bukan takut nak pegi depan hakim tu.
cuak jugak la seposen sebab masa tu first time appear depan hakim.
tapi, aku sedih la sebab kejadian tu.

haha,
tapi masa ni en.fakri datang.
haha.
dia kata bos yg suruh dia datang tolong aku. :P

walaupun ofis aku nampak macam kejam, tapi kadang-kadang ada baiknya jugak tau.

habis je aku chambering, siap bawak aku pegi endon lagi.
firm ko ada?
haha

plus,
aku rasa elaun chambering yg ofis aku ni bagi, antara yg tinggi la dekat s.alam.
jgn la compare dengan KL, Damansara, Subang etc.

kesimpulan yang aku dapat buat,

kerja mana-mana pun sama je.
yang penting diri kita sendiri.

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

kalau ditanya sama ada sesuai chambering dekat firm besau besau dan yg gah namanya tau firm yg kecik dan kalau sebut nama pon orang tak pernah nk dengar?

aku takda jawapan untuk tu.
setiap orang ada pendapat lain-lain.
kalau firm besar, dorang ada sistem dorang la kot kan. aku takde pengalama kerja dekat firm besar so tatau la macam mana nak kata.
kalau macam firm aku sekarang, memang letih la. lagi-lagi ko sorang yg chambering kat situ. 
pernah satu masa, kerani pon takde.
so, ko la kerani, ko la kadang-kadang jadi dispacth dan lain-lain.
tapi, alhamdulillah, aku rasa aku belajar la something la selama aku kerja dekat firm ni walaupun kecik.
bos-bos pon ok.
walaupun kadang-kadang (hampir selalu sebenarnya) letih jugak nak layan perangai-perangai bos-bos yang pelik ni.
kadang letih buat kerja satu hal, letih kena mengikut perangai yang pelik tu satu hal lagi.
haihh.
tapi, manusia memang macam-macam kan.
hadap je laaa...

tapikan, aku tak pernah la buat kopi.
phewww mujo.
sebab aku tatau nak buat kopi sebab aku tatau rasa kopi yg sedap macam mana.
kalau teh ke, boleh la kan.
milo mmg aku master la weh :P

pesanan-pesanan ringkas untuk mereka-mereka yang akan chambering lepas ni:
(aku takde la bagus sangat, tapi just nak share je la based on pengalaman aku)

1. kalau tak tahu tanya
aku pon selalu takut nak tanya, lepas tu kena marah sebab tak tanya. hahaha

2. bawak notebook tiap kali bos panggil 
sebab nanti mesti akan terlupa apa dia cakap + kalau dia ada tulis pon, mesti tulisan dia macam cacing kerawit :P 

ni contoh tulisan bos aku, tapi ni tahap boleh faham lagi la.

3. sentiasa sediakan baju black & white kalau hari tu korang datang ofis pakai baju warna pelangi.
sebab, kadang-kadang mesti akan ada yg tiba-tiba je bos call suruh korang pegi court.
*tiba-tiba teringat cik ida pegi court pakai baju hijau, mujo tudung dengan seluar hitam*
*cik lala dan cik ida pon pernah pegi court pakai baju kurung warna-warni*
gile la korang ni, contempt! haha
jangan contohi mereka!!

4. sentiasa bersedia
yang ni aku pon lemah. gile la nk sentiasa bersedia. macam doktor je dah gayanya.
tapi itulah hakikatnya. datang waktu cuti. datang waktu malam.
masa chambering ni memang tak sempat nak bercinta la pendek kata. hahaha
aku tatau la orang lain kan.
ni aku cakap, aku la. :P

5. kena ramah-tamah
sebab, nanti senang nak beramah-ramah dengan orang mahkamah dan juga PKP dan juga lawyer opponent.
tapi, pernah la terjadi satu kejadian yang mana aku bukan beramah-ramah, tapi bermarah-marah dengan akak kaunter bayaran dekat court bukit tu.
cessss.
sampai sekarang aku ingat muka dia. 
tapi sekarang kalau jumpa dia aku berlakon la konon muka baik gila macam muka nora danish dalam cerita tentang dhia tu kan.
hebat gile aku berlakon!

6. kala kena hantar kerja dalam bentuk hardcopy, sila prepare 2 copies. 1 untuk bagi bos, 1 untuk ko sendiri.
so, kalau bos ko cakap perenggan berapa nak betulkan, ko tau la nk betulkan kat mana.

7. kalau anda chambering area KL-Shah Alam,
sila tahu jalan untuk ke tempat-tempat berikut antaranya ialah:
(ni tempat-tempat yg aku selalu kena pegi)
-court Klang
-court Duta, KL
-court MRCB
-court Bukit (kompleks)
-bar council & Selangor Bar & KL Bar
-industrial court
-istana kehakiman, Putrajaya
-AGC, Putrajaya

ada banyak lagi, tapi aku rasa tiap orang mesti la lain-lain kan, so tak payah bersungguh sangat la nak list kan.

sepanjang aku chambering ni,
jauh la perjalanan aku dan si putih BKK tu.
dalam 2 bulan je dah kena servis.
rabak poket den.

BKK dah sampai Bangi.
dulu aku tatau pon jalan nak pegi Bangi ni.
first time pegi memang redah je.
k.ina siap lukiskan peta.haha.

paling jauh pernah kena pegi, court Muar.
mak aihhh.
dah la kena marah dengan hakim.
eee.. mujo aku bukan chambering kat muar.
serammm!

8. tahan lapar
sepanjang aku chambering, aku rasa aku kurus la sikit compared masa zaman belajar.
zaman LLB mmg semedang asyik makan je. tak boleh perut bunyik sikit, mesti turun carik makanan.
tambah pulak zaman tu tiba-tiba ada mymydin pulak kan bawah fac tu.
walaupun ofis ni bawah tu berlambak kedai makan,
tapi kadang-kadang tak sempat makan pon.
kadang-kadang time lunch dah kena gerak pegi sana pegi sini.
kadang kena siapkan jugak sebab nak guna dah dokumen tu.

tapi sekarang tak berapa kurus dah la sebab tak bz sangat mcm zaman chambering dulu.
tak bergerak ke sana sini. duduk je dalam ofis tu.

9. tebalkan telinga & kuatkan hati
yang ni memang kena ada la lagi-lagi kalau dapat bos yang prupru pruuuu kuat membebel dan kuat menyinga.
tu belum lagi kena bebel dengan PKP ke hakim ke.
eee, yg ni aku pon kadang-kadang kecundang la.
cik mas la yg selalu kena dengar aku membebel.
terima kasih cik mas!

cik mas mmg banyak berjasa dengan aku.
sapa lagi nk dengar aku membebel kalau bukan dia.

zaman aku chambering dulu mana ada ida, mana ada cik lala.
masa tu pakcik pon eksen. yela, masa tu aku kan kasta bawahan :P
haha.

10. simpan duit
hahaha.. yang ni penting. duit elaun tiap bulan tu simpan la sikit-sikit sebab nanti habis chambering boleh la korang pegi sana sini lepas tension dan meraikan zaman kegelapan korang yg dah menuju ke arah zaman kecerahan :P
aku tak dapat kumpul duit sangat pon tapi claim aku bulan tu masyukk..
dapat la aku beli GPS. woottwoott!
dapatla pegi jalan-jalan dengan acik popok ke icity, pegi tgk wayang, makan mcd.
(ye aku tau tgk wayang dengan makan mcd tu takde la special mana pon, tapi pada aku special la tu, kalau tak aku makan mamak je)

ok lah, tu je la buat masa ni yg aku dapat fikir.
aku rasa baju aku cuci tadi dah siap.
nak pegi jemur.
babai.

sapa-sapa nak chambering dekat firm aku,
boleh la hantar resume ke:
mhipartners@gmail.com :)
03-55664284

sempat lagi aku buat iklan kan.
haha.

babai semua.
mwahhh!









OK.FINE!

apesal??
apesal ko emo semacam?

haihh..
 minggu ni tak berapa nak seronok.

cerita 1- kehilangan broadband

disebabkan broadband, telah mengakibatkan satu kejadian pergaduhan kecil yg agak kebudak-budakan.
aku la yg mcm budak-budak tu..
hmm.
seriously aku dah letak balik dekat desktop pakcik tu!!
aku rasa pakcik tu yg lupa die letak dekat mana.

sumpah aku cakap aku takkan pinjam lagi barang pakcik ni!

yg paling entah apa-apa sekali,
dia dah buat sampai aku nangis! hwaaa!!!
ciwek sgt aku!
si ida pulak ngongek pegi bagitau dia aku nangis apesal!
adoiii!!

kepada pakcik:
sorry.
saya betul dah letak semula.
memang saya akan letak sebelum pakcik sampai ofis semula.
sorry sb pinjam barang pakcik ye.
tanak pinjam dah.
lepas ni jgn offer suruh guna tahu.

selepas kejadian tu,
kita kena lah buat langkah precaution kan.

contoh:
hantar surat pemulangan

dan pakcik pon dah acknowledged yg dia terima.
bagus!

**mintak-mintak la jumpa broadband tu dalam poket seluar dia ke, poket baju dia ke**

_____________________________________________________

cerita 2- semua pon nak berhenti!!!

yang ni aku stress tahap pisang emas dibawa belayar!

mula-mula cik ida ni nak berhenti.

ye la ida.. nanti jaga nenek elok-elok ye.
babai.
sampai hati u nak tinggalkan i kan.
5 bulan je lagi cik ida oii..
pejam celik pejam celik dah habis dah zaman kegelapan u ni.
hmm.
takpela.
nak buat mcm mana. 
T.T

tapi nanti kalau i pegi terengganu, sila bawak i jalan-jalan sana ye.
i rasa nak ambik cuti 2 minggu ke untuk jalan-jalan saje..hahaha.
(bila entah berani nak cakap nak cuti.hmm)

lepas cik ida ni nak berhenti,
si cik lala pun nak berhenti jugak.
adoiii..
korang ni memang sesuatu sangat kan!
(seronok ko ye cik lala nak berhenti!)

bapak cik lala la ni. cik lala ni pon, jgn la cerita dekat bapak macam susah je duduk kat s.alam ni.
huu.. 
yg cik lala langgar bonggol tu kenapa :P
mesti la bapak awak risau.haha

kejadian langgar bonggol sampai pecah tangki minyak hitam telah menguatkan lagi bapak cik lala untuk suruh cik lala balik kelantan.


cik lala telah menyebabkan abang-abang ni dapat kerja extra sebab kena bersihkan minyak cik lala yang tumpah tu.

bonggol minyak yang cik lala dah langgar.
ko bawak laju sangat la tu smpai sangkut.

lepas tu, semalam dapat berita yang si syu pon nak berhenti
dia dapat kerja yg sesuai dengan qualification dia.
congrates syu!
jangan lupakan i kat sini.

aku tak tahu lah macam mana kehidupan aku lepas dorang-dorang ni takde.
mati la aku weh!!
hmm.

mati kutu 1 hal jugak.
haihhh.

sampai hati korang!
huh!
__________________________________________________________
cerita 3- perang dingin masih berjalan
hmm..
aku ingatkan perang dingin ni dah nak ok.
tapi..
still tak ok.
takpela.
aku cuma mampu berdoa semoga dia dilembutkan hati
dan aku pon berdoa semoga diri aku sendiri pon dilembutkan hati.

sampai bila entah nak macam ni.
nak hari raya dah ni.
takkan nanti pagi raya nak salam mintak ampun selamat hari raya tapi sebenarnya tak ampunkan lagi?
?????

takpela.
biar masa yang menentukan.
semoga masing-masing tak keras hati sangat.

apesal aku ni keras hati sangat?
entah.
aku pon takde jawapan.
______________________________

owh,
26jun lepas,
birthday cik lala
happy belated birthday cik lala.
kitorang celebrate time lunch.
kecik2 jela.
en.fakri belanja KFC :P haha.


birthday girl yang merajuk sebab kitorang semua tinggal dia time lunch.




ehh, ada jugak boss ke-2 dan kak ina :P

buat wish ke ni??

tq en.fakri yg sponsor kfc.haha.

tengok pisau dia!
mak aihhh!!!!

amboi seha!!
time makan ko datang kan.


apesal pakcik ni pon potong kek?
birthday dia jugak ke??
boleh la!
dulu takde sapa nak celebrate kan.
haha

auwww. konon sweet la korang ni??


apesal aku bermuka comot sangat?
abaikan.





pakcik, apesal posing macam ni?
hensem la konon?? haha.


sepatutnya malam semalam ada farewell party la konon.
memandangkan ramai sangat nak meninggalkan ofis kan.
tapi, tak jadi la pulak.
dah booked dah nak karoke.
cesss.
pakcik ni pon dah semangat dan siap training lagi dalam bilik kan.



kalau dia tau aku letak gambar dia yang tengah menari-menari ni mesti dia marah.agagaga.

hah!
tengok tu dia dah marah :P
ampun pakcik.

makan.makan.

kepada pakcik,
sorry.
jangan la perli-perli lagi tak boleh bukak emel ke, tak boleh siapkan hujahan ke.
sobsob
sedih tau tak!
sorry.

kepada Ida, Lala & Syu,
selamat bekerja di tempat baru.
nanti jangan lupa i kat sini.

owh, sila kemaskini fail-fail yang anda-anda pernah pegi pengurusan kes ye, supaya kami yang ditinggalkan ini tidak menggagau dan teraba-raba.huu.

**Ida/Lala: kes wiragain tu belum update status ke shook lin tau**

mesti lepas ni i sedih sebab takde sapa nak serapan & lunch dengan i.. 
sob3

kalau jumpa i bila-bila nanti, tengok i dah slim-melim, jgn jeles lah ye.

sapa nak teman i jogging lagi?
mana plan kita nak berkayak la, broga la.
hwaaa!!!

korang mmg kejam!

dahla,
takde mood nak tulis.

babai.

(mesti seronok adik-adik aku pegi cameron weekend ni. hmm)















Tuesday, 26 June 2012

kisah isteri yang curang.

ehem.. tajuk macam serius je kan?
haha.

sekarang 11.56pm.
aku bersungguh-sungguh masuk ofis semula demi ambik afidavit untuk direply.
tapi, dah nak dekat sejam, aku asyik online saje.

aku nak share 1 cerita.
cik mas cerita dekat aku tadi.
eh, bukan cerita la sebenarnya..
soalan psychology.

ceritanya berbunyi begini:

ada seorang isteri.. yang sangat cantik.
secantik nora danish, neelofa pon boleh la.


 nora danish.

si isteri yang cantik lagi hot ni, mempunyai buah hati lain yang mungkin lebih kacak daripada suaminya.
mungkin sekacak Aaron Aziz.

maka,
setiap pagi, apabila sang suami pergi kerja mencari rezeki,
si isteri ini pon bersiap-siaplah untuk berjumpa buah hatinya itu.

untuk menemui buah hatinya,
si isteri kena naik feri.

kejadian ini berulang dan terus berulang dan si isteri tak pernah kantoi.
si isteri yang bijak pandai ini akan balik rumah sebelum sang suami sampai rumah lepas balik kerja.

dipendekkan cerita,
satu hari yang nyaman, burung berkicauan, angin sepoi-sepoi bahasa,
macam biasa, si isteri keluar menaiki feri untuk berjumpa kekasih hati lepas sang suami pergi kerja.
tapi,
hari tu, malangnya si isteri terlupa nak bawak duit lebih nak beli tiket feri  untuk balik.

maka, si isteri minta kepada kekasih hati untuk pinjamkan dia duit.
si kekasih hati ini telah menjawab:
kalau duit menjadi penghalang antara kita, maka hubungan kita setakat ini sahaja.

si isteri berasa sangat kecewa.
dia pergi berjumpa dengan apek jaga kaunter feri dan minta supaya dia boleh beli tiket secara hutang dulu.

apek menjawab:
aiyaa tak boleh la. sudah jadi peraturan, no money no ticket la amoi.

akhirnya, si isteri yang sudah tak tau nak buat apa lagi,
telah mengambil keputusan untuk berenang balik ke rumah nya demi menemui sang suami yang mungkin dah balik dari kerja.

tapi apakan daya, si isteri bukanlah perenang handalan.
maka, si isteri mati lemas ditengah lautan.

soalannya:
(sila jawab)

siapakah yang patut dipersalahkan??
a. si isteri 
b. sang suami
c. kekasih hati
d. apek jual tiket.

sila jawab dulu sebelum baca jawapan ye!!!

cik mas cerita dekat aku tadi otw lepas aku ambik dia dari komute shah alam.
jawapan aku masa tu (a)
heee


dah jawab belum??

jawapan:

kalau anda jawab (c)
anda adalah seorang yang suka mengambil kesempatan atas orang lain.

kalau anda jawab (a)
anda adalah seorang yang bertanggungjawab

kalau anda jawab (d)
anda seorang yang suka menyalahkan kerajaan

kalau anda jawab (b)
anda seorang yang suka menyalahkan orang lain

(alamak, tiba-tiba aku terlupa untuk (d) dengan (b)-nanti aku tanya cik mas dulu then aku update semula ye-janji.hee)

jadi, siapakah anda?
renung-renungkan dan selamat beramal :)

nak kena buat kerja dah
tapi..
aku takde mood.

tapi, sempat ke aku nak siapkan semua esok?

aku rindu zaman belajar.








(layan je lah gambar-gambar orang yg konon rajin dan berkaliber ni.) 
gambar credit to wanie & ili-semua gambar yg dorang tag kat fb

seriously aku rindu zaman belajar!
mmg stress tapi tak la tahap aku nak hempok kepala dekat dinding macam orang gile.
takde la stress sebab perangai orang-orang keliling yang kadang-kadang aku rasa nak lempang je.

ada kawan-kawan.
stress sikit pegi makan.
rasa malas nak belajar, ponteng.

aku rindu Hazralika & Partners.

hmm, takpela.

walau apa pun,
hidup mesti diteruskan dengan keceriaan.
jangan monyok-monyok
jangan cemerut-cemerut.


walaupun cinta tak berbalas pon,
syok sendiri pon jadi lah.
agagaga.
gile kesian.

hidup memang penuh onak dan liku
baru lah mencabar!
tak gitu?

bak kata en.fakri,
kita kena carik sesuatu yang buat kite happy.
baru lah tak stress.
*dia tekanan mental sikit malam ni sebab dah 2 minggu tak dpt main badminton*

so, aku dah buat keputusan.
aku nak tido sekarang.
sebab tu je yg buat aku happy buat masa ni.
heee

gile kelam motivasi diri ko ni cik bidadari!
(adik-adik, sila jgn contohi!)

sekian,

selamat malam Shah Alam :)

nak bangun awal lah siapkan kerja.
semoga jam berbunyi esok-padahal aku yg selalu tutup lepas tu sambung tido.

assalamualaikum-salam sejahtera ke atas kamu semua.

saya sayang kamu semua.
mwahh!


nota kaki:

dulu aku tak suka makan sayur.
(mengada-ngada)
tapi semakin besar, dah makan dah sayur.

sayur feveret:
KANGKUNG belacan
kailan ikan masin
terung sambal.
bendi

apesal tiba-tiba cakap pasal sayur?
sebab aku nak bagitau,

sayur baik untuk kesihatan.

heee.

**nanti cik mas dah bangun, aku tanya dia jawapan (b) dan (d) ye, then aku update.**
**sorry, aku mmg short term memory sikit, sebab aku excited sgt nak tulis tadi**



Saturday, 23 June 2012

selamat pengantin baru lily :)

phewww..
terasa jauh pegi taiping.
padahal bukan aku yg drive pon.
aku rasa..
aku mengalami sindrom mengantuk bila jalan jauh.
(padahal sambil menaip pon boleh terpejam)

sepanjang jalan tadi asyik tido tak hengat dunia.

sekarang berada di kampung halaman.

takde idea nak tulis apa.

cuma nak wish:

SELAMAT PENGANTIN BARU 
kepada Lily & Zamir.
semoga bahagia sampai ke syurga :)


next turn:
dr. athi.

bila turn aku?
haha.

ok, 

babai.

malam ni nak tengok cerekarama.






Malaysia Hari Ini (MHI)

ehem ehem!!
TGIF!

tau tak hari ni aku boleh lupa hari ni hari jumaat.
ingat kan hari selasa.
gile!

esok nak pegi wedding lagi.
alamak!!! lupa beli hadiah!
tiba-tiba baru teringat.
becek je la esok.

tau ke becek tu ape?
hahaha.
aku pon tatau bahasa universalnya apa.

tapi becek tu adalah perbuatan yg bagi duit masa kenduri tu.

hari ni, takde topic best.

owh,
hari ni big boss tanya,
sapa nak tolong dia unt kes Myanmar.
sapa tolong dapat la pegi Myanmar.

macam best je kan bunyi nak pegi Myanmar.
tapi...
tapi...
aku tak sanggup nak balik lambat.
tak sanggup nak stress fikir pasal kes tu.
unless kalau aku tak payah buat kerja lain.
haha
(ko ni nak kerja senang je kan.. sama sangat macam perangai pakcik sorang tu)

kasi can la dekat Cik Lala. heee..

owh, jumaat lepas, ofis aku buat gotong royong.
mengemas ofis bawah yg dulunya ala-ala stor.haha.

penat gila kemas ofis.
panjat gunung pon tak penat macam kemas ofis tu.
dah la tong sampah besar tu jauh!!
orang-orang yg tengah makan kat bawah tu, tengok je kitorang ni dok punggah-punggah barang.
jangan ada anai-anai yang ter-terbang dekat dorang dah la :P

terima kasih kepada Cik Lala, Cik Ida, Cik Seha & Cik Syu sebab tolong kemas :)
tak lupa juga kepada En. fakri.haha.

berikut adalah gambar-gambar aktiviti gotongroyong  MHI.
tapi masa angkat2 segala sampah sarap tu tak dan la nak ambik gambar kan.
basah ketiak tau tak masa tu.
terbakar segala lemak-lemak tepu.
memang rasa sedikit kurus la lepas gotong-royong tu.

notis yang paling comel.
heee.

yg baju putih tu memang pelakon terbaik.

cik syu yang angkat sampah dengan sangat ayu.


cik seha


aksi menyental kotoran degil bekas anai-anai.

ada ciri-ciri isteri rajin tak?
ke ciri-ciri menjadi bibik berkaliber?

hamboii korang.
aku dok menyental korang dok ambik-ambik gambar kan.

MANDOR sangat cik lala kan.





gangster sangat ko kan seha!



cik ida yg agak kuat jugak rupanya walaupun kurus :P

sesi mengemas perabot pulak.



en.fakri yg konon interior designer sangat!



amacam? best tak ofis aku??
haha

ada lagi aktiviti yang agak best yg kitorang buat minggu ni.
hari isnin kot.
aktiviti makan megi.
heee..
sebab masa ni cik lala lapar.


tukang masak handalan!

tadaaa!!

 aku mmg tere menu ni.haha.

budak kelas A yg tak makan megi!

seha yg konon tengah rajin, tak nak curik tulang.
boooo..






ada gaya macam rajin di dapur tak aku??


gambar 1: aku yg lapar ke cik lala yang lapar sebenarnya??

gambar 2: ok, nmpak macam aku yg lapar kan.

gambar 3: sah! sebenarnya aku yang lapar.heee.

syu, ko mmg suka kan megi yg aku masak ni ..heee.



mak aihh.. sambung makan biskut la pulak!


sebenarnya,
aku yg salah dan menyebabkan cik lala kelaparan.
sebab aku yg menyebabkan die tak pegi lunch.
haha
kesian cik lala.
ampun.

gambar random minggu ini:
(apesal la rojak sangat post kali ni kan)

ni tapak kaki seorang budak..
huu..
comel kan.
selalu cap jari, tapi ni cap tapak kaki.

aku pegi JPN uruskan surat beranak budak ni.
ade ke patut org JPN tu ingat budak ni anak aku.
aku nampak macam wanita beranak satu ke?
(T.T)

my first baby!
tapi aku tak tahu nak start dari mana!
hmmm.
baru nk buat NOD pon dah tak tahu macam mana.
belum lagi Writ, SOC etc etc.

owh, tadi pegi rumah cik ida dan cik lala.
pakcik owner rumah dia sangat psycho ok!
aku tak penah jumpa pakcik macam dia.




pada aku, pakcik ni tak sepatutnya ada dalam rumah ni kalau dia dah sewakan rumah ni dekat budak-budak ni semua.
dah la perempuan, awak tu PAKCIK.
tapi, dia kata:
dia sewakan bilik je, bukan sewakan rumah.
betul jugak kan?
hmm, nak buat macam mana.
sapa-sapa yg tengah carik housemet perempuan, boleh la bgtau aku ye.
nak carikkan rumah baru untuk kanak-kanak rebina ni.

ok la, semua dah cerita.
semoga minggu depan lebih baik dari minggu ni.

semoga minggu depan dapat gaji,
sebab nak pegi Broga :P
hee.

babai.

assalamualaikum.
jangan lupa baca doa sebelum tido.

selamat berhujung minggu.