fuhhh..
aku baru balik dari mendaki Gunung Datuk.
percaya tak? i yang lemah lembut macam cinderella dan snow white ini telah berjaya mendaki Gunung Datuk!!
aku sangat berbangga dengan diri aku hari ini..
hahahha!!!
sebenarnya aku tak tahu tinggi gunung yang aku daki tu berapa, sebab kalau aku tahu, mesti aku rasa JAUHHHHNYAAAAAA.....
tapi dari hasil google-lan aku, lebih kurang 2900 kaki dari aras laut.
sebenarnya, aku pegi mendaki Gunung Datuk ni pon, sebab kena training before aku pegi panjat Gunung Rinjani, Lombok.
aku pegi tadi dengan Encik Fakhri Abu Samah, dan En. boss ke-2 dan ada lagi la team lain bawah kembara outdoor.
Encik Fakhri ni, die memang wira negara, macam-macam gunung die dah tawan.
Everest pon die dah tawan tahu!
hebat tak?
die la yang membuatkan aku terjebak ke dalam kancah daki mendaki ni..
Big Boss yang bersungguh nak pegi daki Rinjani tak turun training pulak..
hoo, mengelat ye! :p
(antara kejayaan En. Fakri ni korang baca la sendiri ye)
ok, apesal aku promote En. Fakhri yang suka membuli ni!
kembali kepada cerita aku semula.
awal-awal pendakian aku, ok la lagi.. masih dalam keadaan terkawal.
masa kitorang on the way tu, hujan.
so keadaan agak licin.
lepas tu, Boss ke-2 dah mula memperlahankan langkah. En.Fakhri setia menemani Boss ke-2,huu.
so aku pun meneruskan perjalanan, dengan harapan dapat la kejar group yang lain tu.. huu.
tapi, aku tak dapat jugak kejar. laju betul mereka!
so, aku mengambil la peluang aku sorang-sorang tu untuk ambik gambar pemandangan..heee..
jalan yang berbatu-batu dan tanah yang agak licin sebab baru lepas hujan..
laluan yang penuh dengan akar kayu dan tongkat ali.
aku terhantuk dekat batang pokok ni.. mujo masa tu aku sorang-sorang, takde la orang nampak.heee
pondok roboh..
ada jugak halangan batang-batang kayu macam ni..
ada yang lagi besarrr tak muat tangan nak peluk, apa lagi nak langkah..
cendawan berdarah
ni tak tahu apa benda..
lipan!!!
aku hampir je nak landing tangan aku, tiba-tiba aku nampak lipan ni..
fuhh, mujo. kalau tak mesti aku tak dapat menaip hari ni esok lusa dan tulat ..
semut besarr gileeee..
gambar tak clear sebab semut tu asyik begerak.
labah-labah besarrr..
cacing!!
cendawan lagi..
haa, amacam? rasa nak pegi tak?
haha.
sambung cerita semula..
tak lama lepas tu, aku ternampak En.Fakhri dah berjaya mengejar aku..
(laju nya lah dia!)
tapi boss ke-2 takda.
sudah tewas.
so, lepas tu perjalanan aku menuju ke puncak dengan dia la..
aku lambat macam kura-kura pon dia tunggu la jugak.huu
tq En. Fakhri :)
anggaran masa untuk sampai puncak tu, 2 jam, tapi..
berkat semangat juang yang tinggi (over sgt ok! padahal lutut macam nak tercabut)..
Alhamdulillah, kami berdua sampai ke puncak, jumpa dengan team mates yang lain :)
sampai atas tu, naik lagi batu-batu besar.. huu,
sapa berani naik batu-batu tu, baru lah dikatakan berjaya menawan Gunung Datuk.. macam i la..hahaha
batu-batu ni la nak kena daki, naik tangga-tangga yang macam tak berapa nak kukuh tu.
atas dari ni, ada tangga lagi, tapi aku tak ambik gambar la..
tadaaaa.. ini lah wira negara kita, En. Fakhri..
beliau juga lah penyebab aku terjebak ke dalam kancah pendakian ini.
pemandangan dari puncak!
tadaaa,, inilah muka kegembiraan berjaya naik sampai ke puncak..hahaha
pemandangan dari puncak lagi..
tapak kaki tu, tapak kaki siapa aku pon tak tahu..
bergosip.
turun dari puncak..
ok, lepas turun dari puncak tu,
kita turun ke bawah la pulak.
aku bayangkan, turun gunung ni senang la..
anggaran masa untuk sampai ke bawah, 1jam 30 min.
tapi, aku rasa, lama gila aku nak sampai bawah.
susah la masa turun!
banyak kali jugak aku jatuh tergelincir.
macam-macam gaya ada.
jatuh sopan, jatuh tergelongsor, jatuh terkangkang.. dan macam-macam lagi.
aku turut mengalami kecederaan ringan T.T
tapi pedih woo masa mandi.
lama tak cedera la katakan.
tapi seriously,
aku benci gile waktu turun!
penat!
awal-awal laju je aku turun.
ingat aku dah hebat dah.
haaa, sampai part yang mencabar, banyak batu, akar kayu dan paling tak best, part tanah licin.
memang sumpah aku tak sabar gile nak sampai bawah.
macam na give up, tapi sapa pulak nak dukong aku turun kan.
so, walaupun penat, aku gagahkan la diri jugak..
lega gila bila sampai bawah!
aku asyik terfikir macam mana la keadaan aku masa naik Rinjani nanti..
mau muntah hijau agaknya.
selepas jatuh macam nangka busuk beberapa kali,
aku buat kesimpulan,
memang kena beli kasut yang sesuai.
(menangis la aku nak beli, mahal gila!)
ini koleksi kasut En.Fakhri..
dia banyak dapat sponsor.
wira negara lah katakan..heee
selama ni nak pakai pegi jogging pon susah,
tapi hari ni, hambek kau, kotor nak mampos!
gambar sekadar hiasan :)
aku rasa, aku kena menguatkan otot lutut dan kaki aku la..
kalau tak, mesti aku akan tertinggal jauhhh kebelakang masa dekat Rinjani nanti kan.
ok lah, aku pon dah pening-pening lalat dah ni.
almaklumlah, dah lama gila tak buat aktiviti lasak ni, dah lama aku menjadi gadis pink..(ecehh)
esok kerja la pulak kan T.T
sayonara!
No comments:
Post a Comment