Friday, 22 June 2012

gapo-gapo!

1.32 am,
baru sampai rumah.
tak taula cik ida di ofis lagi ke tak.

aku dah mengantuk sangat tahap gaban hitam, so aku balik je la walapun tak siap lagi.
tapi, bila sampai rumah takde la mengantuk pulak.

patut aku balik je buat kat rumah kan.
sejuk.boleh online.
takdela sakit hati dengan owner myvi hitam tu.

berani die marah aku!
hoi, kau yg block kereta aku kan.
dah tau double park tu alert la sikit dik oii.

aku tak faham..
adakah adil dan saksama kalau seorang bos itu bagi kerja pada pukul 8, dan nak esok pagi jugak?
kalau 1, boleh la tahan lagi.
ini tak,
dah ada 1, tambah lagi 2.

aku tak sehebat dia,
boleh siapkan kerja tu dalam masa sejam, 2 jam, 3 jam..
semua tu celah gigi dia je kot kan.

hmm,
adakah dia berfikiran yang hidup kami ini adalah untuk diabdikan kepada ofis sahaja?

???

tahap kesabaran seseorang itu ada batasnya.

tapi sebab aku tak menangis lagi, maksudnya keadaan masih terkawal la tu.

nak sambung kerja, tapi.. esok pagi-pagi je la.

*******************************
owh,
hari ni, tak tau kenapa agak berhati ikan bilis.

aku tak pernah suruh sapa-sapa baca blog aku ni kan?
ada ke aku paksa?
tak kan.

memang blog aku tidak berinformasi.
ini cumalah virtual diari.

sekian.

nak tido lah.

gudnite Malaysia.

assalamualaikum.

semoga hari esok tidak seteruk hari ini.



Thursday, 21 June 2012

dalam hati ada taman.

tajuk tak boleh blahhh!!
hahaha..




dekat tanah kering bekas gunung berapi macam ni pon ada boleh tumbuh pokok kan.
walaupun pokok ni tak nampak macam cantik pon sebab takde kale merah ke kuning ke..

kesimpulannya,
sekeras mana pon hati seseorang itu,
takde la keras sangat pon :P

sebenarnya, sempena apekah topic kita pada hari ini?
entah la.
aku pon tak tau.
aku tengah malas nak buat apa-apa sebenarnya sekarang.
hari ni balik agak awal. before pkl8 dah smpai rumah.
tapi smpai sekrang aku still pakai baju aku pergi kerja tadi. seluar je tukar :P

tadi petang aku stalk fb seseorang.
seseorang yg sekarang dah jadi suami orang.

ish ish cik bidadari.
tak baik tau tak.

masing-masing dah ada kehidupan sendiri kan.

kepada shahril & jo,
semoga anda bahagia dengan pasangan masing-masing :)

aku pon bahagia dengan kehidupan aku sekarang :)
kehidupan dengan file-file biru berikat reben pink itu.

haha.
kadang-kadang aku fikir,
kalau aku dah kawen nnt,
mesti laki aku bising, 
oii, awak ni nak tido dengan saya ke nak tido dengan file-file berikat reben pink awak ni?

comel sangat kalau laki aku nnt cakap macam tu kan :P

sempat ke aku nak balik masak untuk laki aku nnt?
muntah la dia makan mcd setiap hari.

mungkin aku patut hanta application AG tu?
haihh.
susah jadi dewasa ni. 
macam-macam nak fikir.

beberapa minggu ni, aku suka dengar lagu ni dekat radio.


kelakar :P

lepas tu ada pulak reply untuk lagu ni.
haha.


kepada yang berkenaan,
perenggan ini di dedikasikan kepada anda :P
*malu-malu arnab*
 "ku mau hatimu bukan harta semata,
asalkan hati baik perangai pun cantik 
kira ok suda" =)

omg!!
adakah aku sudah hilang kewarasan?
mana cik bidadari yang materialistik?
mana cik bidadari yang nak suzuki swift sebagai salah satu hantaran??
mana cik bidadari yang tak nak bersusah payah bersama-sama?

hahahaha.

gelak lagi besar.

HAHAHAHAHA

cuba lempang aku sekali!

ok,

bai.









Wednesday, 20 June 2012

serikandi tun fatimah.

16jun2012,
SERIKANDI  pulang ke tempat tumpah peluh selama 5 tahun!

sebenarnya,
tujuan utama adalah,
wedding seri.
tapi, alang-alang dah sampai johor tu, lajak sikit la ke jb.
huu

seri sangat cantik!
SELAMAT PENGANTIN BARU SERI.
semoga bahagia..

mintak-mintak nanti aku kawen, aku nampak cantik macam seri :P

(gambar yang ni credit to jijah)





ramai dah kawan-kawan aku yg dah kawen.
bile la pulak turn orang yang tudung hitam tu agaknye kan :P
haha.

berikut adalah gelagat-gelagat bila 0004 berjumpa:



pakcik tu bukan serikandi, tapi bf kepada serikandi bertudung ada crown tu :P

apesal la serabut sangat tudung aku ni.
ish3.

topic hangat: sexual abuse.


teacher kilod dengan brooch besarnya. haaha

joyah sangat tikahmun.haha

c10!

kat johor kena main bayar tol before naik pelamin.
maka, kanak-kanak riang 0004 ni pon ape lagi!!


yang baju kuning raja tu, pengantin baru jugak.huuu.


 ha hambek kau.
tak cukup sampul ko bawak.


 akhirnya, dapat jugak la naik pelamin :P

cantik jugak buat pelamin mcm ni kan.heee.

lepas dari wedding seri,
bergerak ke JB.
wehuuuu..
time ni, berhimpit la berempat kat belakang. haha
mujo la masing-masing ala-ala ramping gitu :P

masing-masing excited nak balik stf semula sebab dah almost 8 years kot sejak habis spm.
kecuali anum, sebab dia dah banyak kali kembali ke sekolah.huu

dulu aku takde perasaan nak balik sekolah.
sebab.. aku bukan budak pandai pon.
bukan jugak famous amous.
kalau aku balik pon, sapa la nak kenal aku.
(sempit tak pemikiran aku?)

tapi,
hari tu, perasaan tu semua totally berubah!
aku sangat excited!
dan agak terharu sebab ada jugak cikgu yang ingat dekat aku.
walaupun tak tahu nama, tapi die ingat muka aku pon kira ok la tu kan.haha.

ada adik junior tu bagi salam dekat aku:
'assalamualaikum kak'

omg!
mesti dia part form 1.

rindu junior bagi salam :P
hahahaha. 

ada banyak perubahan dekat sekolah.
persekitaran.
peraturan.

aku rindu zaman sekolah.
ada ramai kawan.
walaupun aku tak jadi budak cemerlang pon dekat sekolah ni,
tapi, sekolah ni aja aku cara nak berdikari.
(aku rasa aku berdikari sekarang, tapi maybe ada juga yg akan kata aku ni manja dan tak reti berdikari.. up to u la nak judge aku macam mana)

dulu awal-awal masuk sini,
nak tegangkan cadar pon tak reti.
nak iron tudung pon tak reti.
sebab selama ni ibu yang buat.
huu.

aku budak baik masa sekolah.
seriously aku rasa aku baik.haha
tapi aku tak faham kenapa aku selalu kena ragging.
haha.
(bunyi macam jahat je kan)
abaikan. cerita lama.

tengok gambar je la.




 seronok betul kalau nak keluar outing pegi sini :P

outing bank.
aku form 3 baru merasa outing bank.
beriye aku mintak buku bank kat ibu sebab nak merasa outing bank.
hahaha



baju outing yang sangat skema ala-ala korporat.
mujo aku dah keluar sekolah.
aku tak sanggup outing pakai baju skema macam ni.

cik bidadari & anum.

 tengku arfah



dulu ini kain nak buat baju batik kitorang.haha.

ustazah nik kasma yang tak nampak tua langsung walaupun dah 8 tahun berlalu.

tun teja- zeti
mahsuri-zainon
dang anum- aishah
tengku arfah-fatimah

 tulisan budak ni sebijik macam tulisan anum!


dulu sini sickbay, tapi sekarang dah jadi studyroom form 5.


ini tempat aku kena panggil dengan puan saidah.
sebab dia nak aja aku sejarah.
aku adalah student yg paling corot sejarah.
aku rasa dulu aku macam akan fail je sejarah SPM-mujo la tak smpai tahap fail kan :P
padahal mod&add math A.
haha.


dulu mesti akan ada announcement awal-awal pagi suruh jangan gantung baju dekat tingkap sebab nanti pelawat tengok.

aku malu nak cerita,
tapi tempat ni la aku selalu nangis.haha
ayah, cepatla datang sini ambik memi.
memi taknak sekolah sini.
siap suruh ayah aku ambikkan borang sekolah SMKA dekat kuala selangor tu.

mesti ayah aku menyesal tak masukkan aku dekat SMKA tu agaknye,
kalau masuk SMKA agak-agaknya aku takde la degil sangat macam sekarang ni kot kan.

dulu kat sini ada telefon yang boleh call back.
heee..
aku pernah bergayut dengan seseorang jugak kat sini.
budak smap labu :P
masa ni aku sangat hingusan lagi. form3. dia form5
agaagaga.




aku pegi melawat block aku juga.
blok C-Mahsuri!


selalu  panjat dekat sini sebab pintu bawah tu selalu mangga tapi aku still melepak dekat dorm-dorm kat atas lagi. dorm aku kat bawah.
 buruk dah warna dinding tangga ni.

sebelum aku daki gunung datok, gunung rinjani..
aku daki bukit ni la dulu.haha..
daki sambil angkat baldi okei!

 duu ni la dorm aku. c10!

toilet.

aku tatau la sekarang ni kalau aku kena duduk asrama lagi macam mana.
ok je kot.
ke dah mula mengada-ngada? haha.

lama jugak merambu dekat stf. ingat nak datang kejap je.
tapi lama la pulak.huu
siap jumpa cikgu yang paling digeruni seantero stf!

dia pernah rampas buku aku sebab aku siapkan homework masa assembly.
dia pernah tarik rambut aku sebab aku tak pakai serkup dan rambut aku terkeluar dari tudung.
siap nak cari gunting lagi nak tolong gunting.
aku pernah kena marah dengan dia sebab baju aku jarang. "hah, awak ni pakai baju berbalam-balam"
tapi masa tu aku baru form 2. mana ada apa-apa lagi kan. :P hahaha.
masa ni dia siap nak baling aku dengan water colour sebab aku tahan gelak.

mira, ko ingat tak pak yem penah marah ko pakai seluar abang ko?
awak ni nak jadi pokok ke?--sebab ko pakai baju ijau, seluar ijau, tudung pon ijau.

itulah dia-pak yem!
aku tak pernah masuk set dia.
kalau belajar dengan dia pon, time yg kelas gabung ramai-ramai.

tapi, sangat seronok sebab dia ingat aku (tapi tak tau nama)
aku tatau la dia pura-pura ingat ke apa ke kan.huu
tapi aku rasa die mmg ingat kot.

siap cakap macam ni dekat budak-budak dalam kelas dia tu:
"saya tak percaya awak jadi lawyer. dulu awak diam je, perhati orang je"
hahaha
kan aku dah kata, aku kat sekolah dulu mmg baik.
nakal sikit je.

haus la pulak.
pegi la koop.
koop zaman aku dulu bawah blok A-tun teja.
tapi sekarang dah pindah tempat dekat tepi kantin (zaman dulu tempat ni garaj bas & coaster)
dulu aku koopian tahu tak!
haha. lepas duty nnt boleh ambik apa-apa RM1-upah.
aku selalu ambik air kotak milo-dulu RM1 je air kotak milo.

milo, ko taknak ambik aku jd duta ke?
dari dulu aku setia minum ko tau tak.

lepas dah minum, pegi tengok audition mod-dance.
zaman kitorang dulu, takda audition pon.

not bad la.
cuma, kalau mereka dibagi kebebasan macam yg kitorang dapat dulu, mesti lagi smart.
semua kanak-kanak ni dah jadi baik.
takda sorang pon yang bukak tudung dalam gym tu.
paling jahat pon selempang tudung, sinsing seluar.
 tu je.

bagus adik-adik zaman sekarang.haha.
kalau dulu yang tak bukak tudung tu mesti EDAR :P-- jahat aku ni.haha.

(gambar agak blurr sebab dorang bergerak-bergerak. kamera ni takde la canggih sangat)

form3


auww lentik kau.
kalau aku sekolah lagi mesti aku dah ajak jadi toing. 
haha.


form 1


yg ni tak sure form berapa


bila tengok budak-budak ni, aku terasa macam EDAR yg ber mod-dance.
jahat kau ni kan.
huu. sorry EDAR.

EDAR-exco dakwah arruhiyyah.
betul ke? aku ingat exco dakwah je.

ini cikgu sains aku masa form 3, dan cikgu bio aku masa form 4.
dia sangat risau aku join kadet laut dulu sebab dia kate prestasi makin corot.huu
sorry cikgu, sebab tak denga nasihat.

yg hijau tu pn.radziah. yg tudung oren tu anak dia. 
muka sama kan?

Khazliqah :)

aku suka makan kek, so aku terasa nak beli kek ni masa kat koop.huu

nak dekat pukul 10, kitorang gerak balik dah.
ustazah dgn cikgu2 suruh tido situ je.
kalau ahad tu aku takda kerja nak kena buat, aku on je kalau dorang yg lain on.haha.
tapi malangnya aku ada kerja.
anum pon mmg nak balik.
kitorang mmg tak bawak baju pon.

sepanjang perjalanan balik ni, lepas yasmin tuka dengan si anum,
aku kena la bersengkang mata jd co-pilot huu

dalam pkl3+ smpai shah alam lepas hanta shaila dekat meru.
nak dekat pukul 4 jugak la aku sampai alam impian.
mesti pak guard tu ingat aku baru balik clubbing.

pendek kata:

tempat jatuh lagi dikenang.
inikan pulak tempat tumpah peluh bertahun-tahun.
bukan setakat jatuh, macam-macam lagi suka duka dekat sini.
akil baligh pon dekat sini tau tak.
huu

**************************************

tiba-tiba teringat sesuatu:
pernah terdengar ayah cakap dekat seseorang.
dulu dia ingat hantar aku sekolah elit mcm tu,
boleh la aku jadi doktor bila besar nnt.

sorry ayah,
memi takut pegi hospital, dan takut darah.

sorry sebab tak menjadi seperti yang diharapkan.

sekian,

pesanan penaja:
hargailah setiap apa yang ada di hadapan anda.

sebab aku kadang-kadang rasa regret sebab tak spend masa dengan kawan-kawan aku.
konon bz beajar la sgt kan, padahal tak dapat jugak 1st class.
sekarang semua pon dah kawen dan beranak-pinak.
tinggal lah aku, yang cuma bertemankan fail-fail biru berikat reben pink.

boorrriinggg!!