Sunday, 8 July 2012

bertemu dan berpisah adat manusia biasa..

hai.
salam sejahtera ke atas kamu-kamu semua.

hadapi hari-hari anda dengan senyuman, barulah sentiasa awet muda :)
hahaha.

aku suka bila pergi hantar dobi, atau mana-manalah kedai ke..
ada orang tanya:
"student lagi?"
heee..
nampak sangat aku nampak muda kan kan kan.

teringat masa pergi celcom center untuk beli broadband
(selepas kejadian kehilangan broadband pakcik di ofis, aku telah membuat keputusan untuk membeli unt diri sendiri sebab nak tunggu unifi dekat ofis tu berjanggut la aku duduk dekat gua batu tu)

masa tu, orang tu promote ada student package.
aku pon mengaku la aku student memandangkan aku ada kad matriks llb yg tunjuk aku baru masuk belajar 2011.
lepas tu tanya la package tu valid sampai bila?
dia jawab, sampai umur 25 tahun.
maka, aku pon frust la memandangkan aku dah 25 masuk 26 pada 2013 akan datang.
dia tanya aku semula,
"ehh, u 25 dah ke?"
aku pon jawab: kenapa, i tak nampak macam dah 25 ke?
then dia angguk angguk kepala..
hahahahahha

tq Hong (nama promoter tu). hahahaha!

isnin lepas (2julai),
ofis aku main badminton.
best kan ofis aku?
haha.
masa ni kitorang tak tukar baju bersukan pon sebab malas.
ajk sukan bagi short notice sangat.

inilah dia ajk sukan kita.
kerana semangat bersukan yang tinggi, sanggup pegi beli seluar dekat giant untuk bersukan ni!


pemain jemputan khas dari firm lain sekitar seksyen 7, komersial.


wakil-wakil MHI. wuhuuuu!!!

kitorang main juge sekejap,
cukupla untuk basah-basah ketiak.
tapi takde bukti sebab takde sapa nak ambikkan gambar.

inilah antara percubaan-percubaan untuk seimbangkan antara kehidupan dan juga kerjaya.
ecehhhh!!

selain bersukan,
ada jugak makan-makan.
kali ni makan special punya!
Khamis, 5julai.

sempena dulu big boss pernah janji kalau 1 kes ni menang, dia nak belanja makan dekat concorde.
secara tak langsung, farewell cik ida kurus juge yang dah pun tinggalkan i kesepian. sob3.

makcik-makcik yang jangok, naik kereta bau macam perfume tumpah sebotol.

en.mail dan anaknya, dak aishah yg selalu speaking london.


cik umi pon ada!


makanan kegemaran: udang sambal petai. hee.

cik ida yang jahat!
konon orang yang diraikan lah ni.


  
makanan kegemaran lagi: keksss!

cik lala dan bestfren nya en.fakri


boss ke-2 dan kak ina :)

kek di dalam senduk.

  
yang ni bukan kegemaran sebab sayur-mayur.
ni makanan cik umi ni.

syu dan seha yang suka buli aku!

Sya, ustazah yang selalu bagi ceramah dekat big boss :P




kan aku dah kata, dorang suka buli aku (T.T)

terima kasih kepada big boss yg belanja makan special ni. hee
walaupun plan asal untuk berkaroke tak jadi.
rugi la tak dapat dengar suara cik ida yg sedap ala-ala siti nurhaliza tu.

aku tak suka kek ni!
ada cerita disebalik kek ni tapi, takmo ceerita la.
bwekk!



babai cik ida!
i tau u mesti akan rindu dekat i kan..
takde kawan macam i tau dekat terengganu nanti.



bunga-bunga matahari di MHI :)


gambar konon kenangan la ni, yelaa. dorang kan kerja tempat lain dah sekarang.
untunglaaa (ayat cik lala).

jumaat lepas (6julai) bersukan lagi.
hasilnya: demam la pulak weekend ni.
(padahal mmg minggu lepas lagi dah demam kura-kura akibat pertumbuhan gigi bongsu yang agak lambat.huu)

aku tak suka sangat main badminton.
tak reti.
tak percaya??




haaaaa kan aku dah kata aku tak reti main.
asyik la kena kutip.

eh eh, pakcik ajk sukan pon tak reti main ke?
haha.

sorry la gambar tak clear.cik lala yang ambik.huu.

hebat kau cik lala!
bakat terpendam sangat.


boss besar pon tak kurang hebatnya.




aku yang tak hebat langsung! haha.

jom lawan pulak.
boss besar & pakcik v boss ke-2 & aimi

keputusan: mestila team boss besar & pakcik tu yg menang. cesss!









main badminton pon gaya joyah sangat pakcik ni.


dengan makcik yang dah balik ganu dah.




seha dan syu yang hebat suam-suam kuku. haha




makin berkurang bunga-bunga matahari dekat mhi ni.
cik ida takde dah.--kurang dosa aku lepas ni.haha.
sebab asal ada dia je, mesti mengumpat & bergosip. ish ish ish..
bawak-bawak la bertaubat cik ida oiii.

minggu depan cik lala pulak balik kelantan.
haihhh..
ehem ehem.. tapi i denga macam nak dah tukar fikiran je kan.
tahniah cik lala :)

owh, minggu lepas aku makan nasi air.
minggu lepas kan aku demam dan mengalami daya kunyah yang rendah.
so, makan bubur jela.
si seha dengan cik lala pon dengan baik hati layan dan teman aku makan nasi air ni dekat restoren ahlaa.



nasi air.
tapi.. aku lagi suka bubur kfc kot. takpun bubur mcd. 
tak sabar tunggu bulan puasa sebab nak makan bubur lambuk!

habis la cerita sepanjang minggu lepas.
owh, lupa.
semalam, sabtu 7julai,
sempat lagi dating dengan makcik-makcik ni sebelum cik ida ni balik ganu.
makan dekat kedai pecel lele, padang jawa.
tak tahula makcik-makcik ni suka tak.
haha

berikut adalah menu-menu yang ada dekat kedai ni:

bebola daging

ayam penyet

iwak lele (ikan keli)

**ada lagi 1: daging tapi takde gambar sebab tak order**

makcik yang lapar



lepas ni takde la watak-watak makcik-makcik ni dalam blog aku ni..
almaklumla.. dorang kan nak balik kampung halaman.

hari ni terasa nak makan pecel lele lagi la!!
nak ajak cik mamas la.

tu jela cerita minggu ni.

aku demam, otak berdenyut so tak dapat nak berfikir dengan waras.
hiperbola tak aku? haha

ok lah, dah malas menaip.

lagu tema minggu ini:

lagu tema untuk cik ida:
(yg juga ditujukan khas untuk seseorang)


ok, babai.
selamat menikmati hujung minggu.

hari ni rasa nak makan kek juga.

*orang lain demam tak selera makan, tapi aku macam banyak makan je*







Monday, 2 July 2012

jaida jumadi.

suka hati aku je kan nak letak nama orang sebagai tajuk.
sorry jaida.
tapi aku memang nak cerita pasal ko pon sempena kita kan baru lepas dating tadi :P

hari ni, aku balik tanjung karang.
takde orang dekat rumah sebab mereka semua pergi bersuka-ria di cameron.
trip sekolah ayah aku.
aku balik kejap je la sebab nak ambik geran BKK.
jumpa la dengan makcik jaida ni kejap.
lepas tu dia ajak teman dia pegi butik pengantin la pulak.

memandangkan aku ni kan pengapit dia nanti,
so aku kenalah teman dia untuk memastikan dia tak pilih baju yg pelik-pelik nanti :P
haha.

tapi, aku tatau la.
apesal baju-baju pengantin tu semua macam outdated je jaida.
ko design cantik-cantik tau jaida nanti.

berikut adalah aksi-aksi jaida di kedai pengantin tu.







kisah percintaan jaida.. agak comel la 50sen!

jaida yg syok kat sham masa zaman belajar dulu.
tapi masa ni sham jual mahal.
pada jaida, sham ni kelakar.
haah, yela, kelakar la sangat kan :P

tapi, kalau dah jodoh tu, tak kemana kan.
tiba-tiba satu hari, tak taulah kenapa si sham ni mintak tisu dekat jaida pulak sebab masa tu jari dia cedera.
masa tu ada program dekat sekolah teknik KL tak silap aku (aku ingat lupa lupa)
dan selepas kejadian tu,
dorang pon selalu la keluar-keluar dating.
asal nak keluar dating je, jaida akan bersiap sejam awal.
make-up, blusher, eye-liner. cun habes la.
oppss lupa. lipstik merah mak ngah dia tu.

(tapi time keluar dengan kitorang, takde pon beriya macam tu, siap tak mandi pon penah)

masa si sham jual mahal lagi, dan masa si jaida ni angau angau bangau,
tengok bumbung rumah sham pon jadi la..
anum pulak rajin je layan die, bawak la jugak round bulatan masjid tu sebab nak tengok bumbung rumah sewa sham.
haha.

aku ingat lagi jaida dok tido dengan tai si sham tu.
mak aihh..
kronik gila jaida masa tu.

sekarang, dorang dah bertunang dah,
29.12.2012 ni nak kawen.

best kan, kalau orang yg ko suke tu pon suka kat ko.
bertuah la ko jaida :P
sham konon je jual mahal. haha.

apa-apa pon, aku doakan semoga korang bahagia :)


aku tak sabar nak tunggu 29.12.2012 sebab aku jadi pengapit.
hihi.

berangan la kejap.
nanti aku kawen nak pakai baju colour white pearl.
hahaha.

ini pulak aksi gedik aku dekat kedai pengantin:

aksi malu-malu arnab

aksi tak sabar nak cincin!

abaikan makcik menggedik di atas. 

kepada jaida,
semoga semua persiapan berjalan lancar.
jangan kedekut sangat :P

i lap u jaida.

nanti ko dah kawen, kurang lagi sorang kawan aku nak bertenet.
sobsobsob.

selamat malam shah alam.
selamat bekerja esok :)
semoga minggu ni lebih baik dari minggu lepas.

minggu ni minggu last cik ida dan cik lala.
hmmm.

hmmmmmmmmmmmmmmm

hmm.

-end-